suria

Afiq Muiz minta isteri tak buat cerita bohong, adik pula dakwa Pachara pernah maki ibu

Afiq dedah bukti isteri curang.

PERBALAHAN dan tuduh menuduh antara pasangan Afiq Muiz dan Pachara atau Nur Aira Mahadeya menjadi semakin parah apabila mereka menggunakan media sosial sebagai medan pertikaman.

Kali ini bukan sahaja Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, malah adiknya iaitu Siraj Azman turut campur tangan dengan membela nasib abangnya itu.

Dalam hantaran terbaharu di Instagram milik Afiq, dia berkongsi paparan skrin perbualan dipercayai antara isterinya dengan individu lain.

afiqq1 - 1

Afiq mendedahkan mesej perbualan isterinya.

Afiq berkata Pachara membuat tuduhan palsu iaitu menuduh terpaksa menanggung Afiq yang tidak bekerja.

Aktor itu menafikan dakwaan tersebut dan memohon agar isterinya tidak lagi membuat cerita kononnya teraniaya.

"Kau yang bercinta, lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tak ada tak guna juga. Membohong je kerja kau kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz dakwa isteri ada orang lain, tak mudah hadap wajah Pachara Apin selepas diduakan

ARTIKEL BERKAITAN: Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami, Afiq Muiz hanya main game di rumah

"Fitnahlah nanti kau jawab saja di akhirat. Sedarlah sendiri diri tu. Tak perlu beria jaja cerita aku dera kau. Sudah-sudahlah cerita dongeng kau," katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, adik perempuan Afiq pula mencelah dengan mendakwa Pachara meninggalkan abangnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pekerjaan.

Kata Siraj, Afiq sudah menghabiskan wangnya sehingga puluhan ribu ringgit untuk menanggung kos pembelajaran Pachara dan mendedahkan situasi sukar yang pernah dialami oleh wanita berkenaan.

"Tak perlulah kau cakap kau tanggung abang aku. Beberapa bulan masa PKP tak ada job berlakon, lepas habis semua duit simpanan abang aku, mana kau? Balik Sabah?

"Dia berpuluh ribu habis sebab nak tanggung kau dari sambung belajar sampai kau tak jadi belajar.

afiq2 - 1

Kenyataan yang dibuat oleh adik Afiq iaitu Siraj.

"Tanggung kau dari merempat tak ada rumah, kena halau dengan housemate, keluarga kau pun tak ada dengan kau waktu tu," ujarnya.

Malah, Siraj turut mendakwa kakak iparnya itu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan membongkar pertelingkahan yang pernah berlaku di antara Pachara dan ibunya.

"Dekat media sosial konon kata nak puasa tak nak kata orang, kau pernah berpuasa ke? Tak pernah sekalilah Pachara.

"Alasan apa? Tak boleh kalau tak hisap rokok. Gigil.

"Perempuan ni maki mak aku sebab buang gambar Jesus yang dia nak letak dalam rumah abang aku," katanya.

Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali.

Pada petang Khamis, Pachara mendedahkan sepanjang perkahwinan dengan aktor itu, dia yang terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.

Pachara mendakwa Afiq hanya menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video sementara dia keluar bekerja.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

afiq5 - 1

Adik Afiq mendedahkan sikap Pachara.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Afiq dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Pachara yang merupakan orang Sabah, memeluk Islam ketika berkahwin dengan Afiq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain