suria

Afiq Muiz dakwa isteri ada orang lain, tak mudah hadap wajah Pachara Apin selepas diduakan

Afiq Muiz diserang netizen gara-gara enggan memberikan kerjasama terhadap isterinya.

KEMELUT rumah tangga aktor Afiq Muiz kembali menjadi perhatian ramai selepas isterinya iaitu pelakon Pachara Apin bertindak memfailkan tuntutan fasakh selepas mendakwa digantung tidak bertali sejak Julai 2021.

Susulan itu, Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan aktor itu yang dianggap menganiaya Pachara dengan tidak memberi kerjasama terhadap tuntutan dibuat terhadapnya di mahkamah.

Netizen turut mengungkit isu dia didakwa memukul Panchara dan berharap aktor itu memberikan kerjasama baik selain bertanggungjawab ke atas isterinya itu.

Afiq Muiz berbalas komen dengan netizen.

"Kalau dah tak ada jodoh, lepaskan dia secara baik. Jangan bergantung tidak bertali.

"Isteri minta cerai permudahkan sahaja kalau tak buat salah. Hebat sangat ke pukul isteri itu," antara komen netizen.

Enggan terus menerus berdiam diri, Afiq dilihat membalas beberapa komen netizen dan mendakwa isterinya itu sudah mempunyai orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua tahun gantung tak bertali, gagal beri nafkah punca Pachara Apin tuntut fasakh... Afiq Muiz enggan beri kerjasama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelakon Pachara Apin fail tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

Kata Afiq, bukan mudah untuk dia bersemuka dengan Pachara selepas hatinya terluka.

"Bukan mudah nak buat keputusan dalam keadaan diduakan. Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati.

"Lagi pun dia ada orang lain," balas Afiq menerusi beberapa komen netizen yang menghentam dia.

Pada pagi Rabu, Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, memfailkan tuntutan fasakh terhadap Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Bukan mudah nak buat keputusan dalam keadaan diduakan.

AFIQ MUIZ

PELAKON

Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Afiq dan Pachara berkahwin pada 2019.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan polid di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Afiq dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain