suria

[V] Dua tahun gantung tak bertali, gagal beri nafkah punca Pachara Apin tuntut fasakh... Afiq Muiz enggan beri kerjasama

Afiq gagal hadir ke mahkamah.

PELAKON Pachara Apin menjelaskan dia memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Afiq Muiz susulan digantung tak bertali sejak Julai 2021.

Panchara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, berkata, dia membuat tuntutan itu selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

"Benar, dia gantung saya tidak bertali dan sejak Julai 2021 saya tidak menerima sebarang nafkah daripadanya. Dia memang sudah tinggalkan saya.

afiqq2 - 1

Afiq tidak beri kerjasama apabila gagal hadir ke mahkamah.

"Afiq tahu saya failkan permohonan fasakh tetapi dia tidak mahu beri kerjasama," katanya kepada pemberita.

Panchara menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Panchara Apin fail tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sebar fitnah dipukul Afiq Muiz, Pachara Apin tampil bukti bergambar dan laporan polis

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Panchara, Suriati Ab Ghani ketika ditemui menjelaskan anak guamnya terpaksa membuat tuntutan fasakh selepas defendan (Afiq) gagal memberikan kerjasama pada prosiding permohonan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.

Suriati menjelaskan usaha menghubungi dan mencari defendan turut gagal membuatkan pihaknya memfailkan tuntutan fasakh.

"Sebelum ini pihak kami melalui plaintif (Panchara) memfailkan kes cerai secara baik pada Ogos tahun lepas, tapi tidak mendapat respons daripada defendan yang tidak menjawab panggilan.

Benar, dia gantung saya tidak bertali dan sejak Julai 2021 saya tidak menerima sebarang nafkah daripadanya.

PACHARA APIN

ISTERI AFIQ MUIZ

"Malah usaha menjejakinya juga gagal. Disebabkan itu, pihak kami terpaksa membuat tuntutan baru iaitu permohonan fasakh terhadap Afiq," jelasnya.

Tambah Suriati, Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan kes itu disebut pada 6 April ini meskipun tanpa kehadiran Afiq.

Sementara itu, mengulas isu dipukul Afiq sebelum ini, Panchara menjelaskan perkara itu benar-benar berlaku dan bukan fitnah seperti didakwa suaminya.

Kata Panchara, bukti yang ditampilkan sudah cukup menjelaskan kejadian itu dan enggan mengulas panjang mengenainya.

"Dia ada buat laporan polis kata saya fitnah tetapi saya tidak menipu.

"Saya tiada benda nak cakap, sebab bukti saya rasa semua orang nampak. Sebelum ini saya banyak bercakap, lagipun sekarang ini kita sedang berpuasa," katanya.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

afiqq1 - 1

Peguam Suriati Ab Ghani mewakili Pachara.

Turut didedahkan adalah perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan polid di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Afiq dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain