suria

[V] Sebulan dihalang jumpa anak-anak, Farid Kamil minta tanya pada Diana kenapa Aurora trauma

Farid bingung kenyataan Diana mendakwa anaknya mengalami trauma.

KETIKA kemelut rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle hangat diperkatakan, nama anak kedua mereka iaitu Aurora turut terpalit apabila kanak-kanak itu didakwa mengalami trauma.

Memberi respons kepada hal tersebut, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, mengembalikan persoalan berkenaan kepada Diana memandangkan isterinya itu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Kenalah tanya Diana. Bagi saya untuk bercakap hal ini lebih baik serahkan kepada pertimbangan mahkamah. Saya tidak akan membuka aib isteri atau anak-anak untuk kepentingan peribadi.

“Tanyalah Aurora atau ibunya kenapa saya tidak boleh berjumpa anak. Adakah disebabkan saya pernah bertanya satu soalan peribadi yang mungkin menyinggung perasaannya (Diana),” katanya kepada mStar.

farid 1

Diana mendedahkan Aurora mengalami trauma dipercayai akibat kemelut rumah tangga mereka.

Pada pagi Selasa, Farid dan Diana hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) kemelut rumah tangga mereka.

Ketika bertemu media di luar mahkamah, Diana atau Diana Danielle Danny Beenson, 32, secara ringkas bercakap mengenai keadaan trauma itu apabila diminta mengulas tentang khabar anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil ada bukti bergambar wujud pihak ketiga, akan dedah di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dihalang jumpa anak, masih sayang Diana... Tak sebumbung sejak awal Mac

Mengulas tentang hubungan bersama dua anaknya, Farid turut meluahkan rasa rindu selepas hampir sebulan tidak berjumpa mereka.

“Saya ada gambar terbaharu dengan Aurora. Apa trauma yang dia alami? Saya dilarang berjumpa dengan anak-anak tanpa sebab yang kukuh.

“Hubungan saya dan anak-anak memang rapat. Kalau saya katakan rindu pada mereka apa yang boleh saya buat? Hanya kepada Allah saya mengadu.

Saya dilarang berjumpa dengan anak-anak tanpa sebab yang kukuh.

FARID KAMIL

PELAKON/PENGARAH

“Kalau mengadu kepada orang lain pun belum tentu saya dapat jumpa mereka sebab tidak tahu di mana anak-anak berada,” jelasnya.

Isu rumah tangga antara Farid dan Diana mula menjadi perhatian apabila kedua-dua mereka hadir ke mahkamah pada 20 Mac selepas isterinya itu memfailkan tuntutan pada awal Mac.

farid 3

Farid rindu dan mahu bertemu anak-anak.

Kes mereka masih berlarutan apabila Farid enggan melafazkan talak atas alasan masih sayangkan isterinya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pengurus Farid memberitahu pelakon itu dilarang berjumpa anak-anak dan pulang ke rumah mereka.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain