suria

Pachara Apin dakwa terpaksa kerja tanggung suami, Afiq Muiz hanya main game di rumah

Pachara minta Afiq Muiz beri kerjasama lepaskan dirinya.

PELAKON Pachara Apin mendedahkan sepanjang perkahwinan dengan aktor Afiq Muiz dia yang terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.

Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, mendakwa, Afiq hanya menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video sementara dia keluar bekerja.

"Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?

Luahan Pachan Apin dengan pendedahan Afiq Muiz.

"Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu?

"Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.

"Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz dakwa isteri ada orang lain, tak mudah hadap wajah Pachara Apin selepas diduakan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua tahun gantung tak bertali, gagal beri nafkah punca Pachara Apin tuntut fasakh... Afiq Muiz enggan beri kerjasama

Pachara mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis sebagai respon kepada Afiq yang mendakwa dia berlaku curang selain mengamalkan gaya hidup bebas.

Afiq membuat pendedahan itu selepas dia didakwa enggan memberi kerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah bagi proses penceraian mereka.

Dalam pada itu, Pachara memberitahu dia menyesal menarik balik laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu akan berubah menjadi seorang suami lebih baik.

Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau.

PACHARA APIN

ISTERI AFIQ MUIZ

Sebaliknya Pachara menyifatkan Afiq sebagai seorang lelaki pengecut yang hanya mahu menguasai seorang wanita dan tidak akan berubah.

"Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah.

"Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!

"Keluarga saya sedang tahan hati saja tengok drama kau ini. Abang-abang sepupu dan pak cik-pakcik saya memerhati saja perangai kau dari dulu," ujarnya.

Pachara ke mahkamah failkan tuntutan fasakh.

Mengulas mengenai tindakan dia memfailkan tuntutan fasakh, Pachara berkata, dia berhak berbuat demikian selepas apa dilalui sepanjang berkahwin dengan Afiq.

Katanya, dia sepatutnya membuat permohonan itu sebelum ini lagi namun masih berharap suaminya itu akan berubah.

"Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi.

"Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya," katanya.

Rumah tangga Pachara dan Afiq jadi bualan sejak tahun lalu.

Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pachara dan Afiq berkahwin pada 2019.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain