suria

[V] Amelia Henderson terima padah langgar kontrak dan fitnah... A. Aida dapat habuan RM200,000

A. Aida menang saman terhadap pelakon Amelia Henderson.

SELEPAS empat bulan berlarutan, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada Jumaat mengarahkan pelakon Amelia Henderson membayar RM213,000 kepada penerbit Datuk A. Aida kerana melanggar kontrak drama terbitannya berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Hakim Zulqarnain Hassan dalam keputusannya turut mengarahkan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, memohon maaf serta memadam semua video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap A. Aida seperti dimuat naiknya sebelum ini.

Bayaran tersebut meliputi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.

Ketika mendengar keputusan dibuat Zulqarnain, A. Aida atau Zaidah Awang, 53, tidak dapat menahan air mata dengan kemenangan yang berpihak kepadanya.

Pix 1

Mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada A. Aida.

"Alhamdulillah bersempena bulan Ramadan yang mulia ini kemenangan berpihak kepada saya. Apabila bercakap mengenai perkara itu pun saya rasa sebak sebab saya pasti berada di pihak yang benar.

"Paling penting saya mahu perkara ini menjadi pengajaran kepada artis-artis di luar sana. Jika sudah tanda tangan kontrak, maka kena ikut dan jalankan tanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson tetap mahu lawan, sakit hati difitnah A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: [V] A. Aida, Idris Khan setuju selesai kes langgar kontrak luar mahkamah... Amelia Henderson terus lawan

"Kalau tidak boleh buat, kita boleh bawa berbincang. Saya juga mahu beri pengajaran kepada artis lain supaya jangan main-main. Itulah objektif saya sebenarnya," katanya.

Sementara itu, A. Aida berkata, dia sudah memaafkan Amelia namun tidak akan sesekali bekerjasama dengannya lagi.

"Saya maafkan awak Amelia Henderson, saya tak marah pun tapi untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang, mungkin tidak.

WhatsApp Image 2023-04-07 at 11.14.45 AM

A. Aida bersama pasukan peguamnya.

"Sepanjang 25 tahun saya jadi penerbit, tidak pernah seumur hidup saya berlaku seperti ini," jelasnya.

A. Aida turut meminta Amelia membuat permohonan maaf secara terbuka serta menurunkan hantaran di media sosialnya berkenaan dirinya.

Pada kes itu, A. Aida diwakili peguam A. Aida diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Amelia diwakili Wan Norliana Abdul Rahman.

Sebelum ini, A. Aida mengambil keputusan mengemukakan saman terhadap Amelia dan seorang lagi pelakon drama tersebut, Idris Khan kerana menarik diri pada saat akhir daripada drama berkenaan.

Bagaimanapun saman terhadap Idris digugurkan selepas pelakon itu bersetuju menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dalam perbicaraan yang berlangsung pada 1 November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain