suria

Busana putih tanda permulaan hidup baharu, Puteri Sarah harap Syamsul tak tukar fikiran lafaz talak

Puteri Sarah kelihatan ceria ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Selasa. Foto AZLINA ABDULLAH

PELAKON Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 9 pagi Selasa dalam keadaan ceria dalam persalinan jubah berwarna putih.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia memilih pakaian berwarna putih sebagai tanda permulaan baharu dalam hidupnya jika suaminya, Syamsul Yusof melafazkan talak terhadapnya hari ini.

Kata pelakon itu, tiada sebab mengapa dia perlu memakai pakaian berwarna hitam kerana ia melambangkan kemurungan manakala dia berasa gembira.

"Selalu orang pergi mahkamah pakai baju hitam, sangat depresi tetapi saya gembira. Ini baju baru.

IMG_20230418_093410

Puteri Sarah berharap isu rumah tangganya dengan Syamsul selesai.

"Warna putih sebagai tanda permulaan hidup baru buat saya kalau Syamsul lafazkan cerai," katanya kepada pemberita.

Puteri Sarah hadir ke mahkamah bagi sebutan kes tuntutan cerai secara baik terhadap Syamsul dan kes hadanah melibatkan dua anak pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah, Syamsul sempat berbuka puasa bersama... Setuju cerai tanpa pergaduhan malah hubungan lebih baik sebagai kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul puji sikap profesional Puteri Sarah, rumah tangga diuji tapi tak halang jumpa anak-anak

Sementara itu, ditanya mengenai kes tersebut, Puteri Sarah berharap semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya berserah apa-apa sahaja yang berlaku hari ini.

"Harap tiada lagi pergaduhan atau rasa tak puas hati. Saya nak selesaikan semua hari ini. Semoga dia tidak bertukar fikiran pula," ujarnya.

Pada 10 April lalu, Sarah dan Syamsul sama-sama hadir ke mahkamah bagi keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mereka akhirnya sepakat untuk bercerai secara baik.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain