suria

“Aku tak nak satu sen pun harta awak, ceraikan aku!” - Puteri Sarah menyesal kahwin Syamsul

Puteri Sarah mohon diceraikan dengan baik.

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal berkahwin dengan Syamsul Yusof dan tegas dengan pendirian mahukan penceraian.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menyifatkan tindakan berkahwin dengan Syamsul ada kesilapan paling besar dalam hidupnya namun dia bersyukur kerana mendapat ibu bapa mentua yang baik.

Dia juga mahu mengakhiri drama tidak berkesudahan dengan Syamsul ini dan mahu memulakan kehidupan baharu bersama dua anak-anaknya.

sarah 7777

Puteri Sarah bersyukur mendapat mentua yang baik dan memahami.

“Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak.

“Satu perkara yang saya menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan awak tetapi saya bersyukur dapat ibu bapa mentua terbaik,” katanya.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat selepas memadam perkongsian terdahulu yang menjawab kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah minta bukti curang dengan suami orang, dedah perbualan ajak jumpa sebelum Syamsul fail nusyuz

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul dedah Puteri Sarah pesan tidak beritahu orang ada hubungan dengan lelaki lain, minta henti watak isteri teraniaya

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak kisah sekiranya Syamsul enggan memberikan nafkah atau dia mahukan kemenangan.

Namun dia cuma berharap pengarah itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap dua anak mereka.

“Saya dah penat dengan semua drama ini. Kepada Mohd Syamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang, kau menanglah... aku kalah.

Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Ambillah semua harta-harta awak. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” ujarnya.

Puteri Sarah turut membuat satu hantaran video menjelaskan perkara tersebut dalam keadaan dirinya menangis teresak-esak.

“Saya dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik begini. Doakan saya diceriakan dengan baik. Saya tak nak harta awak. Saya ada kaki dan tangan untuk bekerja.

sarah 6666

Puteri Sarah mohon Syamsul tidak abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

“Saya penat beberapa tahun tak dilayan sebagai isteri, tidak mendapat kasih sayang... saya juga punya keinginan untuk bahagia,” katanya.

Syamsul sebelum itu membuat satu kenyataan mendakwa isteri pertamanya itu mempunyai hubungan dengan suami orang ketika mereka masih berstatus pasangan suami isteri.

Menerusi kenyataan dibuat pada awal pagi Jumaat itu, Syamsul turut meminta Puteri Sarah tidak mempamerkan watak isteri teraniaya dan berharap penceraian mereka diselesaikan dengan baik.

satah 1234

Kes cerai Puteri Sarah dan Syamsul masih belum berkesudahan.

Sementara itu, Puteri Sarah pula dalam kenyataan balas menuntut agar setiap tuduhan yang dibuat disertakan bukti kukuh.

Kemelut rumah tangga pasangan ini berlarutan selepas beberapa kali mereka turun naik mahkamah namun gagal mencapai kata sepakat untuk berpisah.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Syamsul pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan