suria

Puteri Sarah minta bukti curang dengan suami orang, dedah perbualan ajak jumpa sebelum Syamsul fail nusyuz

Sarah mendakwa Syamsul seorang 'kaki putar' cerita.

EPISOD kemelut rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus berlarutan di luar mahkamah apabila pasangan itu saling membuat tuduhan di media sosial masing-masing.

Membalas kembali kenyataan dibuat Syamsul yang mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, Puteri Sarah, 38, meminta suaminya itu menyertakan tuduhan berserta bukti.

"Jangan cakap sahaja. Bukti mana? Tuduhan nusyuz 44 muka surat, satu bukti pun tiada.

sarah 1111

Sarah memberi jawapan balas tehadap kenyataan Syamsul.

"Siapa yang gunakan mama dan papa (Datin Patimah dan Datuk Yusof) untuk meraih simpati? Dua tahun tinggal bersama dan mereka menjadi saksi segalanya.

"Tak hairanlah 'kaki spin' macam ini kalau bapa sendiri pun dah kena block empat tahun. Tak balik raya pun dah empat tahun. Cukuplah sandiwara you," katanya.

Puteri Sarah membalas kenyataan tersebut menerusi Instagram miliknya selepas Syamsul tampil membuat kenyataan susulan hantaran isterinya itu yang tertawa membaca tuntutan nusyuz dibuat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul dedah Puteri Sarah pesan tidak beritahu orang ada hubungan dengan lelaki lain, minta henti watak isteri teraniaya

ARTIKEL BERKIATAN: “Macam baca novel komedi” - Puteri Sarah ketawa baca 44 tuduhan nusyuz Syamsul, syukur simpan semua bukti

Menerusi kenyataan dibuat pada awal pagi Jumaat itu, Syamsul turut meminta Puteri Sarah tidak mempamerkan watak isteri teraniaya dan berharap penceraian mereka diselesaikan dengan baik.

Menjawab perkara itu, Puteri Sarah berkata, sejak awal lagi dia minta dilepaskan secara baik namun Syamsul sendiri yang enggan melafazkan talak.

"Sejuta kali awak cakap berpisah secara baik tapi sampai mahkamah tak lafaz juga. Banyak kali peguam minta hakam untuk wakil awak namun ada sahaja nak bantah," ujarnya.

Jangan cakap sahaja. Bukti mana? Tuduhan nusyuz 44 muka surat, satu bukti pun tiada

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Tambahnya, dia enggan bersemuka seperti didakwa Syamsul kerana mendakwa suaminya itu suka memutar belit apabila berbicara.

"Selama ini saya enggan berjumpa dan minta bercakap dengan peguam sebab tahu awak kaki putar belit cerita.

"Bila suruh rakam perjumpaan, mati-matian tak bagi. Satu dunia tahu awak kaki spin," jelasnya.

satah 1234

Kes perceraian Sarah dan Syamsul masih belum berkesudahan.

Sementara itu, Puteri Sarah turut mendedahkan perbualan WhatsApp bersama Syamsul yang meminta mereka berjumpa sebelum pengarah itu memfailkan kes nusyuz.

Ia bukti bagi menyangkal kenyataan Syamsul yang mendakwa Puteri Sarah hanya bersetuju bertemu dengannya selepas dia memfailkan nusyuz kerana isterinya itu risau terdapat bukti kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Pada 18 April lalu, kes penceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang dijangka menemui titik noktah berakhir dengan jalan buntu apabila pengarah itu menarik balik keputusan melafazkan cerai selepas pasangan itu mencapai kata sepakat untuk bercerai.

syamsul 111

Sarah enggan menarik semula kes saman terhadap isteri kedua Syamsul dan keluarganya.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Syamsul pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain