suria

Boy Iman tiba di mahkamah kes penipuan Hooray X Fest Raya, dakwa dia dianiaya

Boy Iman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.

PELAKON Boy Iman tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa susulan didakwa terlibat dalam penipuan berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang sepatutnya berlangsung pada 19 hingga 21 April lalu.

Boy atau Nourul Iman Abdul Rahman, 43, tiba di mahkamah berpakaian baju berwarna biru serta berseluar jean diringi anggota polis untuk dibawa ke dalam dewan mahkamah.

Pelakon itu bersama tiga lagi individu akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

553

Boy menjadi salah seorang suspek penipuan penganjuran festival raya.

Dalam pada itu, Boy ketika ditemui pemberita sebelum memasuki dewan mahkamah mendakwa dia telah dianiaya dan minta orang ramai mendoakannya.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asesten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes penganjuran festival Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang sepatutnya dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 19 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Boy Iman bukan dalang pembatalan karnival Aidilfitri, sedia disiasat polis

ARTIKEL BERKAITAN: Dah keluar modal besar tiba-tiba karnival jualan Aidilfitri batal saat akhir, Ayie Floor88 bengang rupanya ada kaitan Boy Iman

Salah seorang suspek yang ditahan adalah Boy yang dikatakan turut terlibat sebagai pengajur acara berkenaan.

Minggu lalu, ramai peniaga terpaksa berputih mata apabila acara tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dan dipercayai akibat penyelewengan wang sewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain