suria

Imej manis bertudung sudah tiada, Alya Iman post gambar raya tak lagi berhijab

Alya memuat naik foto tanpa mengenakan hijab.

PELAKON Alya Iman membuat kejutan apabila memuat naik foto bersempena Hari Raya Aidilfitri tanpa mengenakan hijab.

Menerusi foto berkenaan, Alya atau Alya ziman Azmil, 22, mengenakan kurung moden rona biru dengan gaya rambut panjang berwarna perang.

alya1 - 1

Alya dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

Alya yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha menerusi kapsyen hanya menulis mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya di Instagram.

"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hanya bertahan dua tahun, akhirnya hubungan cinta Alya Iman dengan duda berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman dituduh jadi ‘gold digger’, rampas suami orang - "Segala hadiah dah dipulangkan... maaf kepada yang terluka"

Alya bagaimanapun menghadkan ruangan komen yang hanya dibuka untuk kenalan yang diikuti di media sosial miliknya sahaja.

Pada Julai 2020, Alya pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Menurut pelakon drama Lelaki Kelas Sebelah itu, dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

Alya kemudiannya bertunang dengan seorang duda yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Ridhwan Rosli sekitar 2020.

Bagaimanapun, dua tahun selepas itu ikatan pertunangan mereka putus dan aktres berkenaan berkata dia kini lebih selesa menjalani hidup solo dengan hanya fokus pada kerjaya sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain