suria

Siasatan sengaja gugurkan kandungan diklasifikasi tiada kes, Nurul Shuhada ada bukti akibat tekanan

Shuhada tidak bersalah atas dakwaan gugurkan kandungan.

ISTERI kepada Hafidz Roshdi mendedahkan siasatan atas dakwaan dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka dikelasifikasikan sebagai tiada kes.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, dia kini mampu menarik nafas lega apabila semua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah tidak benar.

Shuhada berkata, dia sendiri tidak pasti motif suaminya berfikiran begitu namun reda dengan segala tuduhan dilemparkan terhadapnya.

shuhada2 - 1

Shuhada tidak tahu motif sebenar Hafidz.

"Alhamdulillah, siasatan sudah selesai. Tiada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ini.

"Bila tiada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tidak jaga baik-baik (kandungan), konon sengaja adalah tidak benar. Tidak tepat.

"Entah apa niatnya? Saya ini sudah sampai tahap reda. Buatlah apa nak buat. Saya hadap sahaja semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa isteri gugurkan kandungan, Shuhada luah hasrat dalam WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshid tak perlu lagi dirujuk ke Hospital Bahagia, sedih tiada peluang jumpa anak-anak

Shuhada membuat penjelasan itu sebagai balasan kepada kenyataan Hafidz yang menuduh dia sengaja menggugurkan kandungan 14 minggu tersebut kerana ingin memulakan kehidupan baru menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sebelum ini tidak dapat mengulas panjang tentang tuduhan dibuat Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, kerana belum hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

Shuhada turut memuat naik gambar dia ditolak ke dalam dewan pembedahan ketika dia mengalami keguguran.

Dalam pada itu, Shuhada berkata, dia langsung tidak gentar dengan tuduhan dibuat Hafidz kerana mempunyai segala bukti lengkap menunjukkan dia mengalami keguguran akibat tekanan.

"Tak apa, saya ada laporan doktor yang saya gugur akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan biar bukti yang sokong saya dan bukannya skrip yang dia reka.

shuhada1 - 1

Shuhada punya bukti kukuh asbab keguguran.

"Tidak mengapa, saya ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan biar bukti yang sokong saya dan bukannya skrip yang dia reka.

"Hari ini sah saya tidak bersalah. Saya balas komen Hafidz berikan kepada media fasal keguguran. Hafidz kata dia suruh saya jaga kandungan dan akan bertanggungjawab.

"Anak-anak sedia ada pun dah berapa bulan tak bayar nafkah. Waktu raya pun terpaksa minta, baru dibayar. Apa yang dimaksudkan dengan bertanggungjaawab?” soalnya.

Malah dakwa Shuhada, Hafidz langsung tidak bertanya khabar tentang kandungan anak ketiga mereka biarpun sudah mengetahui dia berada dalam keadaan tertekan.

"Tapi kalau dia betul risau fasal kandungan ini setidaknya tunjuklah ambil berat. Bukan cerita kepada media," ujarnya.

Menjawab tuduhan dia menghalang Hafidz bertemu anak-anak, Shuhada berkata, cara pelakon itu seolah-olah seperti sengaja menunjukkan dirinya seorang tidak baik dan sebaliknya.

Jelasnya lagi, notis yang dihantar kepada peguamnya untuk bertemu anak-anak dilakukan ketika pejabat ditutup bersempena Hari Raya Aidilfitri.

"Kalau betul ada kesungguhan kenapa kena tunggu? Cara Hafidz gambarkan ini macam saya sengaja.

"Mungkin nak tunjuk saya ini tidak baik dan dia bapa serta lelaki bertanggungjawab," jelasnya.

Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz masih belum berakhir.

Selasa lalu, Hafidz yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap Shuhada turut mendakwa isterinya itu ada menghantar mesej pesanan di WhatsApp miliknya memaklumkan kehamilannya dan mahu menggugurkan kandungan tersebut.

Kata Hafidz, dia merayu agar isterinya itu tidak berbuat demikian malah berjanji akan bertanggungjawab terhadap anak mereka meskipun pelbagai masalah melanda rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain