suria

“Saya bukan hina B40”... Niat Ryzal Ibrahim buat video lawak untuk sedarkan masyarakat, tak rasa perlu minta maaf

Ryzal mahu beri kesedaran kepada umum.

SUSULAN kecaman hebat netizen gara-gara memuat naik video yang dianggap menghina golongan B40, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim menganggap perkara itu sebagai satu bentuk pengajaran buat semua.

Kata Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 31, video yang dihasilkan olehnya itu menggambarkan realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling kita yang mana ramai suka berbelanja di luar kemampuan diri.

"Perkara itu berlaku dalam kehidupan kita. Ia bukanlah satu hinaan yang saya herdik seseorang. Tapi sebenarnya saya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.

ryzal 1

Isteri sentiasa mengingatkan Ryzal supaya berhati-hati dalam membuat kandungan media sosial.

"Apabila saya cuba beri kesedaran, mereka sepatutnya berterima kasih. Mungkin lawak saya terlalu mendalam dan mereka tidak nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan," katanya kepada mStar.

Ryzal ditemui ketika majlis siang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kata Ryzal lagi, ramai yang memberikan pendapat agar dia menghasilkan lebih banyak kandungan berbentuk Islamik memandangkan isterinya, Maryam You Narae, 31, merupakan seorang mualaf berasal dari Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal Duriankimchi dikecam persenda baju tradisional Iban... tergamak samakan dengan kain buruk! - “Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik”

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi anak makan guna garfu... Maryam Duriankimchi menangis kena kecam, sampai hati netizen gelar ‘stupid parents’

Enggan ambil pusing dengan pelbagai komen diterima, Ryzal berkata dia tetap dengan pendirian tidak akan membuat permohonan maaf berhubung kontroversi video berkenaan.

"Saya pernah tekankan sebelum ini bahawa tidak perlu minta maaf kerana saya tidak rasa bersalah. Tetapi mungkin selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat kandungan di media sosial.

"Apabila berkahwin dengan seorang mualaf, ramai yang mahu saya buat kandungan berbentuk Islamik. Harapan orang adalah sebegitu sedangkan saya masih boleh melakukan kandungan lain seperti biasa," jelasnya.

Mungkin lawak saya terlalu mendalam dan mereka tidak nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan

RYZAL IBRAHIM

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Baru-baru ini Ryzal memuat naik sebuah video menggambarkan kehidupan hariannya seperti golongan B40.

Namun apa yang menjadi kekecohan dalam kalangan netizen adalah ketika dia berbelanja barangan jenama mewah dan kelihatan seperti golongan T20.

Untuk makluman, golongan B40 adalah mereka yang memiliki pendapat isi rumah bawah RM4,850 sebulan.

ryzal 3

Ryzal tidak mahu isu tatu ditangan isteri menjadi satu hal yang diperbesarkan.

Sementara itu, mengulas isu tatu pada tangan isterinya yang menjadi bualan netizen, Ryzal berkata dia tidak mahu memaksa Maryam untuk membuangnya kerana ia bukanlah satu paksaan dalam Islam.

"Saya tidak pernah gesa untuk dia buang. Mengikut pandangan Islam pun ia tidak perlu. Kalau menyakitkan lebih baik tidak perlu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain