NAMA personaliti media sosial Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila adik kepada selebriti Neelofa itu memuat naik foto menggantung coli di balkoni di sebuah hotel. Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, yang kini berada di Perancis dilihat memuat naik hantaran berkonsepkan rona merah di Instagram miliknya dengan berkongsi foto buah strawberi, foto wajahnya dan sepasang baju dalam yang digantung di luar balkoni. Tanpa sebarang kapsyen, influencer berkenaan hanya meletakkan beberapa emoji dengan lambang buah strawberi dan ciuman. Netizen menyelar tindakan Ameera memuat naik foto pakaian dalam. Tindakan yang dilakukan Ameera itu bagaimanapun menerima kecaman netizen apabila rata-ratanya menyifatkan dia tidak mempunyai sifat malu kerana menayangkan pakaian dalam dipercayai miliknya. "Astagfirullahalazim. Sifat malu bukan saja membabitkan hubungan sesama manusia, malah rasa mula juga mesti ada antara diri dengan Allah. "Aku gara-gara tak nak jiran tengok baju dalam, seluar dalam tak akan jemur dekat luar. Yang dia ni buat tatapan jutaan pengikut lagi. Ish tak ada sifat malu. ARTIKEL BERKAITAN: Baju rona kulit melekap di badan buat ramai terbungkam, netizen doa Little Miss Khan kembali pada fitrah ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan video jadi perhatian, netizen syak cinta Little Miss Khan dan aktor Indonesia Jefri Nichol kembali terjalin "Tak malu dekat abang ipar ke," tulis netizen. Pada Mac lalu, Ameera dikecam kerana berkongsi foto berpakaian seksi ketika berada di Paris dengan menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya. Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu. Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh Ameera itu tidak seseuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengejarkan ibadah umrah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!