SUSULAN tuduhan hidup mewah hasil penggubahan wang haram, penyanyi Black Hanifah memberitahu ia mula memberi kesan kepada kesihatan mentalnya sehingga mengalami serangan gangguan kebimbangan (anxiety). Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, tekanan turut memuncak apabila turut berdepan dengan masalah pengurusan dalam perniagaan sehingga tak dapat melelapkan mata. "Apa yang keluar ini semua jadi punca... saya penat buat kerja, ada pula cerita macam ini. "tambah lagi ada seorang kaki tangan vila di Langkawi terlibat dengan kemalangan. Jadi saya bertambah tertekan. Sejak beberapa hari lalu, Black dituduh dengan pelbagai dakwaan termasuk membeli sebuah kapal mewah. "Saya tak tidur seharian semalam dan sebab itu dapat serangan anxiety," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Black sebelum itu berkongsi video dia pergi mendapatkan nasihat doktor di sebuah pusat perubatan di Shah Alam berhubung masalah dihadapinya itu. Dalam pada itu, Black berkata, atas nasihat doktor dia diminta mengambil ubat untuk mengawal masalah tekanan yang sedang dihadapinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa iri hati dengan anak Melayu” - Black jawab tuduhan beli kapal mewah hasil wang haram ARTIKEL BERKAITAN: [V] Buka inap desa guna wang haram, Black Hanifah kenal individu sebar fitnah - “Ia akan jadi darah daging Bagaimanapun Black memilih untuk berehat dan enggan berfikir masalah yang sedang melanda dirinya. "Saya tidak mahu bergantung kepada ubat. Jadi saya pilih jalan untuk berehat. "Doktor pun nasihat untuk saya buat perkara yang disukai," ujarnya. Sejak beberapa hari lalu timbul gosip mendakwa Black memiliki sebuah kapal layar mewah hasil penggubahan wang haram. Menyangkal tuduhan jahat itu, Black sebaliknya memberitahu apa dimiliki hari ini adalah hasil titik peluhnya sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!