suria

[V] Nak jumpa anak? Boleh! Dengan syarat Farid Kamil kena tulis surat kepada Diana 5 hari sebelum sesi pertemuan

Farid dan Diana gagal capai kata sepakat berhubung anak-anak mereka.

PELAKON Farid Kamil memaklumkan dia perlu menulis surat kebenaran kepada isterinya, Diana Danielle sebelum dapat bertemu dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia perlu mengemukakan surat tersebut lima hari sebelum bertemu anak-anak namun akur dengan perintah mahkamah berhubung perkara itu.

Malah kata Farid, dia juga sudah bertemu beberapa kali dengan Muhammad dan Aurora sebelum ini.

"Itu adalah perintah mahkamah yang harus saya patuhi dan saya selesa dengan perkara itu.

1440082

Farid perlu menulis surat lima hari sebelum bertemu dua anaknya.

"Saya dapat jumpa Aurora dua kali, Muhammad pula empat kali. Saya dapat luangkan masa bersama Aurora empat hari setakat ini," katanya kepada pemberita.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas hadir dalam proses Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada petang Khamis bagi sebutan kedua proses berkaitan hadanah (hak penjagaan) anak-anak mereka.

Berkongsi pertemuan dengan Diana dalam proses Sulh, Farid menjelaskan tiada komunikasi di antara mereka dan hanya dapat melihatnya melalui ekor mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bersua muka, cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Halang Puteri Sarah keluar kenyataan di media sosial, mahkamah tolak lanjut injuksi Syamsul

"Saya hanya dapat lihat dia melalui ekor mata, tiada komunikasi secara brdepan tapi dalam hati siapa yang tahu.

"Saya hanya berserah kepada Allah atas doa-doa saya, seratus peratus saya serahkan kepada Allah. InsyaAllah saya akan terus usaha selamatkan keluarga, isteri dan anak-anak kami," jelasnya.

Diana ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung proses Sulh dan menyerahkan kepada peguam menjawab bagi pihaknya.

Sementara itu, peguam Diana iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff menjelaskan proses Sulh itu memfokuskan kepada hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan.

553 (1)

Farid tetap mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Diana.

Puteri Ummi berkata, tiada persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak dan kes hadanah akan di bawa ke mahkamah pada 1 Ogos ini untuk dibicarakan.

"Hari ini kes hadanah induk yang kami failkan untuk menuntut hak jagaan penuh tapi setakat ini tiada persetujuan dicapai dan kes diteruskan untuk sebutan di mahkamah.

"Kami yang memulakan kes untuk tuntut hak jagaan kepada anak guam saya (Diana) dan hak lawatan kepada Farid.

"Pun begitu Diana sentiasa beri kerjasama untuk Farid berjumpa dengan anak-anak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain