suria

Lama tak bersua muka, cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses Sulh.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil masih berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya meskipun isterinya, Diana Danielle tetap dengan pendirian mahu bercerai.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, perasaan sayang dan cinta terhadap Diana masih menebal meskipun sudah lama tidak bersua muka.

"Harapan saya masih sama seperti dulu, rasa sayang saya bertambah-tambah. Saya harap hari ini saya dapat berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya.

553 (1)

Farid masih sayangkan Diana.

"Mencari kata putus untuk sama-sama membesarkan dua anak kami," katanya kepada pemberita.

Farid berkongsi mengenai perasaannya itu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses Sulh bersama Diana pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada dah banyak beri peluang tapi disia-siakan, syukur kalau Hafidz berubah untuk orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Halang Puteri Sarah keluar kenyataan di media sosial, mahkamah tolak lanjut injuksi Syamsul

Dalam pada itu, Diana yang tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat mini love kepada pemberita yang menanti kehadirannya tanpa sebarang komen.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain