TINDAKAN anggota kumpulan K-Clique iaitu MK memuat naik foto berukuran pasport lengkap memakai songkok di laman sosial miliknya sebelum ini menjadi bualan hangat yang meneka dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Lebih menguatkan cerita apabila ada mendakwa MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita dikenali sebagai Siti Hajar Sheikh Nordin. Ia susulan foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga sambil Siti Hajar menunjukkan tangan bagi menunjukkan cincin yang dipakai. Terbaharu, tular pula sebuah video memaparkan penyanyi rap 27 tahun itu menghadiri kursus kahwin baru-baru ini di TikTok. Peminat rakam gelagat MK ketika hadiri kursus kahwin. Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @mista_bryan801, MK yang memakai kemeja putih dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk melakukan sesi latihan adegan akad nikah. Apa mencuri perhatian apabila nama Siti Hajar disebut MK menerusi latihan akad nikah yang dibaca penyanyi itu dan penceramah berkenaan. MK juga dilihat tersipu malu apabila rata-rata yang menghadiri kelas berkenaan menyahut akad berkenaan sebagai sah. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto pasport siap bersongkok, peminat serbu IG MK K-Clique... Mohon doa dipermudahkan ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama pasang niat, MK K-Clique rancang bawa keluarga ke Tanah Suci selepas Aidilfitri Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa MK memberi banyak pentunjuk tentang dirinya bakal mendirikan rumah tangga. Bukan itu sahaja, ada juga yang kecewa apabila penyanyi berkenaan bakal berkahwin tidak lama lagi. "Saya dalam kursus kahwin berkenaan! Dapat salam dengan MK...Humble orangnya dan dia bau Dior Sauvage. MK minta peminat doakan yang baik-baik buatnya. "Dah banyak pentujuk dia nak kahwin dah. Ini masjid TTDI kan? jangan ramai yang meroyan sebab MK nak kahwin sudah la," antara komen netizen. Pada Jumaat lalu, MK menerusi temu bual bersama mStar bagaimanapun meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dalam menjalani kehidupan seharian. Malah memaklumkan gambar berukuran pasport yang dimuat naik di Instagram tiada kaitan dengan urusan pernikahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!