suria

Aaron Aziz ‘meninggal dunia’ kali kedua, minta fikir perasaan anak di luar negara sebelum fitnah

Lagi berita palsu mengenai Aaron meninggal dunia.

PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan apabila membaca berita yang melaporkan dia sudah meninggal dunia pada Sabtu.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, ini bukan kali pertama berita mengenai dia sudah meninggal dunia tersebar.

"Kali kedua saya di ‘meninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini. Kali ketiga saya di fitnah tahun ni," katanya.

Aaron berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Azzron geram ada lagi berita palsu mengenai kematiannya.

Azzron meluahkan perasaan geram apabila ada lagi berita palsu mengenai kematiannya.

Menerusi hantaran berkenaan, Aaron turut memuat naik keratan foto dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk 'Innalilahi, khabar pilu dari pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia'.

Dalam pada itu, Aaron beranggapan perbuatan tersebut sebagai tidak kelakar walaupun sekadar mempromosikan iklannya memandangkan dia memiliki dua orang anak yang tinggal di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz pun pernah kena tipu, harap ‘scammer’ kena blacklist seumur hidup

Ia boleh mendatangkan kebimbangan kepada mereka sekiranya membaca laporan tersebut.

"Apa masalah orang-orang ini eh? Atau awak rasa ini kelakar?

"Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolong la fikir cara lain nak promosian iklan anda," kongsinya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan maklum balas daripada Aaron bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan hantaran WhatsApp tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain