suria

Tiba-tiba muncul individu dakwa tak bayar hutang kahwin, Linda Rafar ajak jumpa... “Jangan kurang ajar komen begitu”

Linda menjawab dakwaan tidak bayar hutang.

PENYANYI dan pelakon Linda Rafar menafikan dakwaan mempunyai hutang tertunggak seperti yang didakwa oleh seorang individu menerusi satu komen di media sosial.

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 45, berkata tuduhan itu tidak berasas kerana hampir keseluruhan majlis perkahwinannya pada 2006 itu diuruskan oleh pihak hotel.

Kata Linda lagi, hanya individu yang terdekat sahaja yang terlibat dalam perkahwinan itu dan dia tidak pernah berurusan dengan orang luar.

WhatsApp Image 2023-06-09 at 6.00.01 PM

Dakwaan yang diterima di media sosial.

"Saya rasa dia salah orang. Tak ada kena mengena langsung dengan saya. Perkahwinan saya diadakan di Hotel Concorde dan semua persiapan disediakan oleh pihak hotel.

"Saya ingat semua orang yang terlibat dalam perkahwinan saya. Semuanya kawan-kawan dan saudara mara, tiada langsung kaitan dengan orang luar," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian terapi buat Linda Rafar, 'Sujud' cerita pelbagai ujian kehilangan orang tersayang

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar pandai mengurut, miliki kebolehan baca hati orang... Dedah ada rakan artis mengata belakang

Sebelum ini, seorang individu meninggalkan komen di laman Facebook sebuah portal hiburan mendakwa Linda tidak membayar hutang cenderahati (goodie) untuk tetamu sewaktu majlis perkahwinannya kira-kira 17 tahun lalu.

Kata individu itu, dia sudah malas untuk mengejar penyanyi tersebut kerana sering mengelak sekiranya dihubungi atau bertemu di rumah.

Saya ingat semua orang yang terlibat dalam perkahwinan saya. Semuanya kawan-kawan dan saudara mara, tiada langsung kaitan dengan orang luar.

LINDA RAFAR

PENYANYI/PELAKON

"Hutang goodies kahwin bila nak bayar? Sampai sekarang ni. Malas nak kejar dah. Dah pergi rumah asyik mengelak. Call memang tak angkat. Macam mengemis.

"Tiap kali nampak hantaran fasal dia ni hati saya membuak-buak saja. Tak boleh nak positif dah. Kalau dia baca saya ingatkan: SACC goodies waktu nikah," tulisnya.

Mengulas lanjut tentang kenyataan itu, Linda memberitahu dia tidak mengenali individu berkenaan dan memintanya untuk bertemu bagi menyelesaikan isu ini.

Kata Linda, sekiranya memang dia berhutang, dia membuka ruang untuk individu berkenaan datang berbincang dengannya.

"Memang saya tidak kenal siapa dia. Sajalah ni nak mengaibkan orang. Kalau betul orang ini wujud dan kata kita tipu dia, kenapa dia tak datang jumpa.

"Katakanlah kalau saya terlupa, mesti kita akan ingat balik ada lagi ke hutang yang kita belum bayar.

linda2 - 1

Linda ajak individu terbabit untuk berjumpa.

"Tapi kalau dia berani buat macam ini, saya minta dia ke depan untuk bertemu dengan saya sendiri. Saya pun nak jumpa tengok siapa dia ni. Jangan kurang ajar sampai tahap komen di media sosial," ujarnya.

Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga dengan Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 15, Syed Rezariiq, 12, dan Syed Rezaliif, 7 tahun.

Sebelum itu, Linda pernah berkahwin dengan Keifli Othman dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 22, dan Rezaiman Keiflin (meninggal dunia pada usia 12 tahun pada 2014).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain