PENERBIT Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila mengetahui kemelut rumah tangga membabitkan anaknya iaitu Syamsul dan aktres Puteri Sarah Liyana berakhir secara baik pada Rabu. Kata Yusof, 69, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka sekaligus berharap penceraian itu dapat menutup kata-kata tidak baik terhadap kisah mereka sebelum ini. "Ini perceraian secara baik. Mereka buat demi anak-anak. Jika dilakukan secara baik apa yang diharapkan ia tidak menyakiti hati sesiapa. Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan cerai talak satu. "Saya pun bosan orang asyik bertanya. Kisah mereka sebelum ini buat ramai orang resah dan wujud persepsi tidak baik, jadi sekarang masing-masing boleh bawa haluan masing-masing dan lupakan apa yang berlaku," katanya ketika dihubugi mStar. Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah Liyana bertalak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu. Lafaz cerai dilakukan Syamsul di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul, Puteri Sarah cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul setuju tunai nafkah anak RM6,000 sebulan, bayaran edah RM15,000 kepada Puteri Sarah Keputusan berpisah ini dibuat dengan kata sepakat selepas kedua-dua mereka berjumpa sehari sebelum perbicaraan. Yusof bagaimanapun tidak mengetahui proses perceraian hari ini dan dia juga memberitahu masih belum berhubung dengan anaknya itu. "Saya sibuk hari ini (Rabu). Tidak tahu mereka sudah berpisah. Saya terima keputusan tersebut walau hati ini agak sedih sebab kalau boleh tidak mahu perceraian. "Saya pun sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul," ujarnya. Saya dan isteri masih anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Tiada sebab untuk kami ketepikan dia DATUK YUSOF HASLAM PENERBIT Tambah Yusof dia akan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Puteri Sarah kerana pelakon itu adalah ibu kepada dua orang cucunya. Dia juga masih berharap jika Syamsul dan Puteri Sarah dapat berbaik semula sebagai pasangan suami isteri. "Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula. Sekarang ini saya harapkan mereka dapat jalankan tanggungjawab dengan baik terhadap anak-anak. Yusof masih berharap hubungan Syamsul dan Puteri Sarah kembali berbaik. "Saya dan isteri masih anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Tiada sebab untuk kami ketepikan dia," jelasnya. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!