suria

[V] Berat badan semakin bertambah sejak masuk Hospital Bahagia, keluarga positif Yasin Sulaiman bebas tuduhan dadah

KESIHATAN penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menunjukkan peningkatan positif sejak dua bulan menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 51, berkata, berat badan adiknya itu juga bertambah selepas dirujuk ke hospital berkenaan selain ubat yang dimakan sebelum ini ditukar memandangkan ia mempunyai masalah dan kesan sampingan.

"Alhamdulillah apabila dirujuk ke hospital itu, ubah diubah kerana sebelum ini ada masalah dan kesan sampingan... penambahan ubat-ubatan lain serta rawatan lain berhasil meningkat tahap kesihatan dan berat badannya.

Yasin

Abang gembira lihat Yasin semakin berisi.

"Perkara itu amat penting buat kami sekeluarga, nak tengok dia kembali sihat," katanya kepada pemberita.

Pada petang Khamis, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu Yasin tidak waras ketika kejadian namun layak dibicarakan atas tiga pertuduhan berkaitan dadah sebelum ini.

Dalam pada itu, Zain berkata, mereka sekeluarga berharap agar Yasin dibebaskan daripada tiga pertuduhan tersebut dan akan tetap berada dibelakang adik kesayangan sehingga kes selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman tak waras ketika kejadian, tiga pertuduhan berkaitan dadah diteruskan

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman masih di Hospital Bahagia, laporan kesihatan mental belum siap

"Yasin selalu pesan untuk teruskan berdoa untuk dia... Sebagai abang saya yakin 200 peratus menantikan khabar baik mengenai kes ini dan kami sekeluarga sentiasa berada dibelakangnya sehingga akhir," katanya.

Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemeriksaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelajaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin kayak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Yasin 2

Yasin berdepan dengan tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plasktik berisi tanah.

Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11 nor-delta-9 tetrahydrocannabinol 9- carboxylic acid'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain