MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya diberitahu penyanyi Yasin Sulaiman berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian namun layak dibicarakan atas tiga pertuduhan berkaitan dadah sebelum ini. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berdasarkan laporan psikiatri Yasin dihadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad pada petang Khamis. Ahmad Zuhaini turut memberitahu mahkamah, laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak itu turut mendapati Yasin mengalami Bipolar disorder, (keceleruan efektif), Hypertiroidisme (gangguan mental) serta dilaporkan tidak waras semasa kejadian berlaku. "Walau bagaimanapun keadaan mental (Yasin) bertambah baik dan layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri," katanya. Abang Yasin iaitu Zain Sulaiman dan peguam Arif Azami Hussin hadir pada sebutan laporan perubatannya. Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan sebelum perbicaraan diteruskan. Peguam mewakili Yasin iaitu Arif Azami Hussin kemudian memohon mahkamah menetapkan terus tarikh perbicaraan singkat. Hakim Nik Nasimah menetapkan 9 Ogos ini bagi sebutan semula kes manakala 28 dan 29 Ogos ini bagi perbicaraan seterusnya. ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman masih di Hospital Bahagia, laporan kesihatan mental belum siap ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan mengedar dadah Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemeriksaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelajaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya. Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah. Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11 nor-delta-9 tetrahydrocannabinol 9- carboxylic acid'. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!