suria

Layan baik semua orang, Asyraf Khalid dan Tya Arifin tak pernah bersikap biadab

Asyraf menganggap ini satu tuduhan tidak berasas.

SUAMI kepada pelakon Tya Arifin iaitu Asyraf Khalid menafikan dakwaan dia dan isterinya bersikap biadap dengan seorang pekerja hotel seperti yang tular di media sosial.

Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 31, berkata tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali kerana dia tidak pernah menolak permintaan untuk bergambar bersama peminat.

Kata Asyraf, dia juga dikenali sebagai seorang yang peramah dan akan melayani setiap individu yang ditemui dengan penuh rasa hormat.

asyraf1 - 1

Asyraf mengakui tuduhan ini memberi persepsi buruk terhadapnya.

"Bagi saya ini adalah tuduhan yang tidak berasas. Saya berada dalam dunia bisnes, jadi saya tidak boleh nak jangka segala tuduhan yang tidak berasas daripada pesaing atau sesiapa.

"Ke mana saya pergi, saya cuba sebaik mungkin untuk baik dengan semua orang. Tak pernah lagi orang nak ambil gambar atau ajak sembang, saya tak layan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza beli rumah pertama di Dubai... Asyraf Khalid tumpang bangga, berseloroh tak perlu lagi sewa hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah badan! Asyraf Khalid beri hadiah Tesla buat Tya Ariffin sempena ulang tahun perkahwinan

"Malah orang yang kenal saya tahu saya ini jenis yang suka bersembang dan akan melayani setiap golongan masyarakat dengan hormat," katanya.

Asyraf berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Asyraf menjelaskan dirinya bukanlah manusia sempurna yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Namun dia sama sekali tidak pernah bersikap biadab tanpa sebab dan memohon maaf sekiranya dia melakukan perkara itu.

"Saya bukanlah maksum, mungkin saya pernah terkasar bahasa tetapi bagi saya itu normal. Kadang-kadang kita ada hari yang baik begitu juga sebaliknya.

"Saya pun masih normal tak mungkin akan marah kalau tiada sebab. Jadi, kalau saya pernah terkurang ajar atau terkasar bahasa dengan sesiapa sahaja, saya minta maaf," ujarnya.

Sementara itu, Asyraf mengakui kontroversi ini sedikit sebanyak memberikan persepsi buruk buat dirinya.

Dia berharap sekiranya ada individu yang bertemu dengannya di luar sana, jangan ragu-ragu untuk menegurnya kerana dia akan melayani mereka dengan baik.

"Saya pun tak seronok bila perkara seperti ini keluar kerana itu akan mewujudkan persepsi buruk terhadap saya.

"Kalau ada yang pernah terjumpa saya, anda boleh menilai sendiri macam mana saya yang sebenar.

"Jangan segan nak tegur saya, InsyaAllah saya akan layan semua orang baik-baik," katanya.

Sebelum ini, seorang individu di laman Twitter mendakwa Asyraf dan Tya bersikap biadap, tidak seperti personaliti yang ditunjukkan di media sosial.

asyraf2 - 1

Asyraf sentiasa cuba untuk melayani orang ramai dengan baik.

Menerusi ciapan di Twitter, individu terbabit mendakwa segelintir kakitangan hotel di Malaysia mengetahui tentang layanan buruk daripada pasangan suami isteri itu.

"Pasangan propa. Semua staff hotel Malaysia tahu perangai mereka ini macam mana. Di media sosial acah-acah baik, alim.

"Dengan staf hotel bersikap kurang ajar sangat. Bini sama, laki pun sama," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain