suria

Pempengaruh Iddin Syah dakwa diperdaya rakan artis Che Ta Pot Pet

Iddin minta Che Ta segera selesaikan hutang.

USAHAWAN dan pempengaruh Iddin Syah mendakwa dia ditipu oleh rakan niaga yang juga seorang penyanyi sebanyak RM150,000.

Kata Iddin atau Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 28, wanita tersebut iaitu Che Ta Pot Pet atau Rozita Baharom, 36, gagal membuat bayaran semula jumlah yang telah dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan.

"Saya ditipu oleh Che Ta dan suami Selepas wang tersebut diberikan pasangan itu sepi serta mengelak untuk berjumpa dan berhubung.

iddin 2

Iddin menunjukkan dokumen perjanjian mereka.

"Tempoh dua minggu untuk jelaskan hutang tersebut telah tamat. Sekarang sudah lebih tiga minggu dan satu sen pun saya belum terima," katanya.

Iddin berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Posting IG punca selisih faham” - Cheta Potpet tiada masalah dengan Aepul Roza, tampil bersihkan nama

ARTIKEL BERKAITAN: Serba tak kena! Influencer Iddin Syah dituduh menunjuk-nunjuk beri sumbangan di bazar Ramadan... Kalau tak buat orang tanya pula

Dalam masa sama dia juga turut menujukkan bukti perjanjian mereka bersama di mana Che Ta dan suaminya akan menjelaskan bayaran secara ansuran dalam tempoh dua minggu bermula 14 Jun lalu.

Tambahnya dia sebelum ini mengambil pendekatan untuk berdiam kerana mahu memberi ruang kepada penyanyi itu selain percaya pada perjanjian yang telah termaktub antara mereka.

"Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.

che ta pot pet 1

Che Ta dan suami turut didakwa menipu rakan usahawan lain.

"Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Semua bukti saya ada," ujarnya.

Tambah Iddin dia juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen balas Che Ta tidak berhasil apabila dia dikatakan enggan memberi sebarang kenyataan dan menyerahkan kepada peguam dan akan melakukan sidang media bagi menjelaskan perkara terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain