suria

“Harap abang sudi terima kedatangan saya” - John Dihani minta maaf, mengaku silap buat fitnah

John Dihani mahu berjumpa Shuib.

PENGGUNA media sosial dikenali sebagai John Dihani akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah tehadap pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib.

Mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat, individu berkenaan berkata tindakannya itu memberikan kesan sehingga memburukkan keadaan.

"Dengan ini saya memohon maaf secara terbuka kepada Shuib dengan penuh ikhlas berkaitan perkongsian yang mengundang fitnah ke atas dirinya.

shuib 4

Shuib sebelum ini mendedahkan perkongsian yang dibuat John.

"Disebabkan perkongsian itu juga telah mengundang pengguna lain meninggalkan komen dan tindakan saya mengiyakan komen tersebut," ujarnya.

John Dihani membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, John turut menyatakan kesediaan bersemuka dengan Shuib bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib tak boleh berdiam selepas anak-anak tanya dituduh rancang bunuh Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib akhirnya bersemuka, berpelukan dengan pemfitnah... Bakal ambil tindakan terhadap seorang lagi individu

"Sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi hantaran yang saya ambil dari posting orang di Facebook tanpa melihat kesan dan akibat dengan perkongsian yang membuta tuli itu.

"Saya harap Abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa Abang Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kekhilafan saya," ujarnya.

Pada Isnin Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.

shuib 3

Shuib tegas mahu saman pemfitnah.

Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematian isterinya Allahyarham Siti Sarah.

Sementara itu dalam satu perkongsian Shuib pula, dia dilihat seakan tegas membawa kes ini ke muka pengadilan kerana telah mencemarkan nama baiknya.

"Sila berhubung dengan peguam saya," tegasnya.

Seorang lagi individu iaitu Zuhairi sudah bertemu dengan Shuib dalam satu sidang media yang diadakan di Bubble Bee, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain