suria

Shuib bakal bersemuka individu tuduh terlibat Freemason, cari seorang lagi pengguna media sosial... peguam akan ambil tindakan

Shuib minta penyebar fitnah tampil bersemuka.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib sedang menjejak seorang lagi pengguna media sosial yang membuat hantaran jelik dan fitnah terhadap dirinya.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan namun komen dan mesej yang ditinggalkan tidak dijawab.

Pelawak itu turut bertegas agar individu berkenaan segera tampil sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

shuib 2

Salah seorang individu yang dicari Shuib.

"Yang nombor dua ini (individu kedua) saya rasa apa yang dia kongsi dan komen itu terlalu melampau. Saya tidak pernah jumpa dia, kenapa tulis macam itu?

"Kalau ada bukti, silakan jumpa depan-depan," katanya.

Shuib berkongsi mengenai perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dah hilang sabar, mahu cari individu tuduhnya ahli Freemason

ARTIKEL BERKAITAN: Patut hiburkan tetamu di majlis nikah tapi Shuib tak beri izin, ramai puji suara lunak Watie Hanifiah

Individu berkenaan menimbulkan kemarahan Shuib apabila membalas salah satu komen ditinggalkan pengguna media sosial lain dengan melahirkan rasa kasihan terhadap Siti Sarah yang didakwa menjadi mangsa.

Sebelum ini, Shuib ada berkongsi paparan pengguna media sosial yang bercakap buruk tentang dirinya termasuk mengaitkan kematian isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai satu perkara dirancang dan ada kaitan dengan sebuah organisasi F dipercayai Freemason.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

Selama ini saya banyak berdiam diri di sosial media, namun saya dihentam dan diperli. Saya sendiri tertanya apa salah saya kepada anda semua

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sudah pun menghubungi individu tersebut dan akan bersemuka dengannya dalam satu pertemuan pada Selasa (esok).

Shuib turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mudah menuduh sekaligus menyebar fitnah tentang dirinya.

shuib 3

Shuib kesal kisah peribadi menjadi bahan fitnah.

"Selama ini saya banyak berdiam diri di sosial media, namun saya dihentam dan diperli. Saya sendiri tertanya apa salah saya kepada anda semua.

"Memang sedih sebab saya tak kacau atau buat apa-apa pun. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain