suria

Suami Fatin cabar pihak berkuasa, JPJ minta bantuan polis kesan Opai

Opai masih belum beri keterangan berhubung penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' .

KEGAGALAN suami kepada pelakon Fatin Afeefa hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu siasatan berhubung kontroversi penggunaan nombor plat 'QPA1' disifatkan mencabar pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya akan meminta bantuan polis untuk mengesan Opai atau Aliff Awang yang dipercayai masih berada di ibu negara.

"Kita sudah serahkan notis ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia gagal memunculkan diri.

Opai 1

JPJ akan minta bantuan polis mengesan Opai.

"Jadi kita minta bantuan polis kerana mereka ada kuasa mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," katanya kepada pemberita.

Pada 20 Jun lalu media melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar kereta tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: JPJ akan panggil pemilik kereta McLaren, boleh kena saman pakai nombor plat lain

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, saya pemilik kenderaan itu” - Kereta McLaren digayakan Opai rupanya milik orang lain

Menurut pihak JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan tersebut merupakan dua pihak yang berbeza.

Opai sebelum ini memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, menerusi temu bual mStar bersama usahawan dikenali sebagai Hafiz Wasa mengesahkan kereta mewah itu merupakan miliknya.

Hafiz menjelaskan kereta itu sudah dijual kepada Opai namun mereka masih belum berkesempatan membuat proses menukar nama disebabkan kekangan masa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain