BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim memfailkan saman terhadap Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil susulan penamatan kontraknya pada 31 Mei lalu.Md Nasir selaku plaintif kes tersebut turut menamakan Finas dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Menerusi writ dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh peguam Srimurugan & Co pada Rabu lalu, Md Nasir turut menuntut RM134,083 sebagai ganti rugi khas berserta faedah sebanyak lima peratus.Md Nasir menuntut ganti rugi khas sebanyak RM134,083.Md Nasir dalam kenyataan kepada media berkata, pemberhentian secara tidak sah itu menyebabkan dia berasa malu dan mengalami tekanan mental.Bapa kepada pelakon Anzalna itu turut menamakan lima lagi defendan dalam saman terbabit termasuk pengerusi Finas iaitu Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman, Mastura Ahmad Mustafa, Idwan Ariff Abd Rahman dan Noor Azam Shairi.ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak CEO Finas ditamatkan 24 jam, Md Nasir anggap dizalimi... Dakwa wujud unsur kroniARTIKEL BERKAITAN: CEO Finas dipecat belum terima jawapan menteri, pertimbang ambil tindakanDalam kenyataan tuntutan berkenaan, plaintif dibayar gaji pokok sebanyak RM20,000 sebulan selain layak menerima elaun serta imbuhan sebanyak RM6,816.67.Sementara itu, pelantikan Md Nasir dikawal oleh Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan menteri boleh menamatkan perkhidmatannya dengan memberi notis 30 hari atau membayarnya sebulan gaji sebagai ganti tempoh notis dikeluarkan.Sebelum ini, Md Nasir menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, dia tidak diberi sebarang ruang untuk perbincangan atau peluang membela diri sekiranya keputusan dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah.Md Nasir kesal diberhentikan tanpa alasan.Tambah Md Nasir, dia juga tidak menolak wujud unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus bersepakat untuk tidak lagi bekerjasama.Untuk rekod, Md Nasir memulakan perkhidmatan pada 1 November 2021 dan kontraknya sepatut berakhir pada 31 Oktober depan.Pada 31 Mei, dia menerima surat penamatan perkhidmatan itu daripada Kamil dan ia berkuat kuasa bermula 1 Jun 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!