suria

Ara Johari sempat jerit kena cabul belakang pentas, polis tahan suspek

Ara mendakwa dirinya menerima gangguan seksual.

PENYANYI Ara Johari berdepan detik mencemaskan apabila seorang lelaki tidak dikenali bertindak melakukan gangguan seksual dengan mencium tangannya selepas dia menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Cerita Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 26, lelaki berkenaan menarik dan mengenggam kuat tangannya serta mencium sebanyak dua kali.

"Saya ingatkan dia (lelaki yang tidak dikenali) nak first bum (berlaga tangan) sahaja, jadi saya pun bagilah fist bum juga.

ara1 - 1

Perkongsian Ara di Instagram miliknya.

"Tapi dia terus tarik tangan saya nak salam, selepas itu dia genggam kuat-kuat. Dia cium tangan saya dua kali.

"Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul. Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan saya dengan begitu kuat," katanya.

Ara berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju seksi sangat sampai nampak paha, Ara Johari cuba gaya feminin tapi netizen minta kembali imej lama

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan alami masalah tekak, Ara Johari akhirnya serah diri jumpa pakar ENT

Kata penyanyi lagu Bunga ini, pada awalnya dia menyangka lelaki berkenaan merupakan peminat yang sekadar mahu bergambar bersama.

Memandangkan dia berada pada acara hiburan, Ara berkata dia tidak menolak permintaan mana-mana peminat untuk bergambar mahu pun bersalaman dengannya.

"Lelaki itu datang kepada saya untuk bergambar, semasa itu saya bersama keluarga dan pembantu peribadi. Jadi, tidak kisahlah sekiranya dia ingin bergambar bersama.

"Selesai ambil gambar dia buat hal sendiri dulu, semasa itu saya tak fikir apa pun dan sambung berborak dengan ibu saya.

"Tiba-tiba dia datang hulur tangan nak salam pula dan saya pun macam pelik sebab saya tidak biasa nak bersalaman dengan lelaki yang tidak dikenali," ujarnya.

Bimbang keselamatan dirinya, Ara membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kira-kira pukul 12 pagi, Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Supritenden Abdul Malik Hasim mengesahkan menerima laporan kes mencabul kehormatan melibatkan seorang artis wanita.

Menerusi kenyataan media, pengadu terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan dan menjerit sebelum suspek melarikan diri.

Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan diserahkan kepada anggota polis yang bertugas di festival berkenaan.

ara2 - 1

Tangan Ara dicium lelaki yang tidak dikenali.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Suspek warga tempatan tidak mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.

Suspek direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain