suria

Mahkamah Tinggi dengar kes saman Awesome TV terhadap Pencil Pictures, Ayu Puteh fail batal tuntutan RM142 juta

Kes saman di antara penerbit Ayu Puteh dan Awesome TV dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KES saman di antara syarikat produksi Pencil Pictures Sdn Bhd dan Awesome TV bakal diteruskan selepas ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicararkan.

Datuk Rozana Ali Yusoff selaku hakim mahkamah berkenaan membenarkan kes itu dipindahkan pada Khamis susulan jumlah saman sebanyak RM142 juta yang difailkan stesen TV berkenaan di Mahkamah Sesyen sebelum ini melebihi bidang kuasa mahkamah tersebut.

Peguam Zahrin Ishak yang mewakili pemilik Pencil Pictures Sdn Bhd iaitu Datuk Ayu Puteh selaku plaintif kes berkenaan memberitahu pihaknya juga sudah membuat permohonan untuk membatalkan tuntutan dibuat Awesome TV.

ayu puteh 2

Ayu menganggap dia mangsa dan teraniaya.

Kata Zahrin, permohonan bagi menolak kes berkenaan sudah dibuat pada 24 Mei lalu kerana tuntutan dibuat stesen TV berkenaan adalah tidak munasabah.

"Selain jumlah tidak munasabah, tuntutan itu mempunyai elemen mala fide (niat buruk) terhadap tuntutan Datuk Ayu melalui syarikatnya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Awesome TV terpaksa saman lebih RM162 juta penerbit ‘Di Sebalik Dia’ kerana kurang 2 episod

ARTIKEL BERKAITAN: Drama dah siar hutang tak bayar, Ayu Puteh tuntut stesen TV swasta jelaskan segera bayaran lebih RM700,000

Sementara itu Ayu atau Normashayu Puteh, 47, turut menganggap tuntutan saman terhadap syarikat miliknya adalah keterlaluan sedangkan pihak stesen berkenaan masih belum menjelaskan bayaran penuh tayangan drama 26 episod berjudul Di Sebalik Dia.

Pada Mac lalu, Awesome TV dalam kenyataannya menjelaskan saman itu dibuat ekoran kegagalan pihak Pencil Pictures memenuhi syarat kontrak penerbitan drama tersebut.

Stesen TV itu mendakwa syarikat produksi itu hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub dalam kontrak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Awesome TV memberitahu tidak wujud unsur niat buruk seperti yang didakwa dan hujah berkenaan telahpun ditolak oleh mahkamah.

Dalam masa sama, kes tersebut dipindahkah ke Mahkamah Tinggi kerana ia mempunyai bidang kuasa tanpa had untuk memberikan ganti rugi punitif dalam kes terbabit.

Bagi perbicaraan ini, Awesome TV diwakili peguam Muhammad Faran Safee dan Wan Mohd Arfan Wan Othman dari Tetuan Shafee & Co.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain