suria

Aliff Syukri hilang sabar di Tanah Suci, dakwa pengasas tudung liat bayar hutang jutaan ringgit

Aliff berang kepada individu yang tidak mahu membayar hutang.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri bengang dengan tindakan seorang ahli perniagaan mengelak membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mendakwa individu berkenaan turut menjaja cerita tidak benar seolah-olah dirinya yang bersalah dalam hal ini.

Aliff bagaimanapun berkata dia mempunyai segala bukti termasuklah perjanjian bertulis yang sudah dibuat sebelum ini.

aliff1 - 1

Aliff meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram miliknya.

"Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya.

"Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar ya kak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun tak jejak kaki ke Makkah, Aliff Syukri dan anak sulung berangkat tunai haji

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk Mercedes Benz kena langgar, terkejut sampai tak mampu kawal perasaan marah

Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah menghubungi individu tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang.

"Cuba teka siapa akak ni? Saya beri hint ya. Sebenarnya saya sudah cuba menghubungi dia, dah WhatsApp dan cakap baik-baik dah.

"Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya," ujarnya.

Kata Aliff lagi, dia sudah menagih hutang itu lebih tahun dan apa membuatkannya bengang melihat kehidupan mewah yang ditunjukkan wanita berkenaan.

"Boleh saja saya nak tunjuk muka akak yang berhutang ni. Janji nak bayar setahun, ini sudah masuk empat tahun tak bayar.

"Kereta baru mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta," katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aliff untuk memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan dan berdoa supaya usahawan berkenaan lembut hati untuk membayar semula wang yang dipinjam.

"Datuk di tempat suci tu doakan yang berhutang ini lembut hati nak bayar hutang kita. Tenang Datuk.

aliff2 - 1

Aliff kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

"Lagi berapa hari nak hari wukuf, perbanyakkan ibadah, ikhlaskan hati, lapangkan dada berserta doa. Moga-moga terbuka hati orang yang berhutang itu," tulis netizen.

Pada Rabu lalu, Aliff berangkat menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan.

Kata Aliff, ini peluang dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah selepas 15 tahun dan berharap agar pengikutnya mendoakan semua urusan mengerjakan ibadah itu selain dapat berubah menjadi insan lebih baik selepas pulang kelak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain