suria

Yasin Sulaiman masih di Hospital Bahagia, laporan kesihatan mental belum siap

Yasin masih menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia.

PERBICARAAN kes melibatkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman ditangguhkan susulan laporan kesihatan mental dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak masih belum diperolehi.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis tertuduh masih berada di hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut terhadap kesihatan mentalnya.

"Pihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. Orang kena tuduh (OKT) juga tidak dibawa (ke mahkamah) hari ini. Jadi pihak kami memohon satu lagi tarikh lagi bagi sebutan laporan psikiatri," katanya.

yasin sulaiman 2

Laporan kesihatan mental Yasin masih belum siap untuk perbicaraan mahkamah.

Hakim Nik Hasimah menetapkan tarikh 6 Julai ini bagi sebutan semula laporan psikiatri Yasin.

Sementara itu, peguam tertuduh iaitu Ariff Azami memaklumkan laporan kesihatan anak guamnya masih dalam proses untuk disiapkan.

"Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah lalu, ia masih dalam proses disiapkan hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan mengedar dadah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman ucap tahniah kepada Anwar, minta kaji undang-undang lapuk mengenai dadah

"Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan," ujarnya.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemerikasaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

yasin sulaiman 3

Yasin ditahan pada Mac tahun lalu melibatkan jenayah dadah.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah.

Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain