SEJAK beberapa bulan lalu, nama pelakon Ira Kazar menjadi bualan hangat warganet selepas dia bergelar isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof. Bukan sahaja Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin itu menjadi sebutan netizen malah bapanya aktor Kazar Saisi dan adik-beradiknya turut menerima tempias daripada kontroversi melanda dirinya. Kakak kepada Ira iaitu Melor Kazar, 40, berkata, mereka sekeluarga langsung tidak terkesan dengan segala komen baik atau buruk yang dibuat tentang mereka sekeluarga. Kakak Ira Kazar akui baca komen netizen. Sebaliknya kata Melor, mereka sentiasa positif berdepan dengan dugaan yang menimpa adiknya selain tidak terlalu mengambil serius tentang komen ditinggalkan terhadap Ira atau mereka sekeluarga. "Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang... kami sentiasa diajar bersabar, nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan. "Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa. Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar, keluarga berdepan saman hina mahkamah kerana ganggu dan kahwin tanpa izin ARTIKEL BERKAITAN: “Awak jangan buat hal” - Ira Kazar ditegur ketika beraya, ramai anggap sindiran saudara lagi pedih "Keadaan Ira pun sama sahaja sejak dahulu, sentiasa positif," katanya. Melor berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Melor juga memberitahu dia turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak. Katanya mereka sekeluarga hanya mampu memberi nasihat namun selebihnya terpulang kepada adiknya itu sendiri. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing. MELOR KAZAR KAKAK IRA KAZAR "Sejujurnya kami juga mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini. "Sebab nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir," ujarnya. Sementara itu, kakak kedua Ira iaitu Yasmin, 37, pula berkata mereka akan menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana sederhana malah tiada perancangan untuk meraikan hari istimewa itu bersama Syamsul. "Kami memang tidak ke mana-mana Aidiladha. Sambutannya juga tidak semeriah Aidilfitri. Tetapi, kami tetap beraya bersama-sama, berkumpul adik beradik. Tak pernah lagi tak beraya bersama. Nama Ira Kazar menjadi sebutan netizen sejak bekahwin dengan Syamsul. "Ada keluarga sebelah ibu datang beraya di rumah. Tapi tiada rancang beraya dengan Syamsul atau sebagainya, selalu spontan sahaja semua," kongsinya. Untuk rekod, Ira bergelar isteri kedua kepada Syamsul selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengumumkan sendiri berita tersebut di Instagram pada 5 Januari lalu. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak memfailkan perceraian sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!