suria

Jurusolek Nurul Shukor berani tunjal kepala Inspektor Sheila... Dia mesra, boleh bergurau

Nurul berkongsi personaliti baik Inspektor Sheila.

KETIKA ini nama Inspektor Sheila barangkali menjadi individu paling dibenci rakyat Malaysia susulan beberapa videonya berlagak sombong tular di media sosial termasuk mengaibkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, tular pula video menaparkan Sheila menghadiri kelas solekan bersama jurusolek terkenal Nurul Shukor yang memperlihatkan karakter berbeza anggota polis itu.

Menerusi video berkenaan, Sheila dilihat seorang yang mesra selain banyak bergurau tidak seperti dalam rakaman yang tular tentang dirinya malah cukup disenangi oleh rakan-rakan yang lain termasuk Nurul.

Bercakap kepada mStar, Nurul berkata, video tular itu sebenarnya berlaku sekitar dua minggu sebelum Sheila menjadi perhatian rakyat Malaysia.

sheila1 - 1

Nurul menyifatkan Sheila seorang yang ramah.

Kata Nurul, Sheila hadir sebagai peserta di Master Class Farmasi Beauty Influencer yang diadakan di Shah Alam dan dia menyifatkan wanita itu sebagai seorang periang dan boleh diajak bergurau.

"Sebenarnya perkara ini berlaku sebelum isu mengenainya viral lebih kurang dua minggu lalu.

"Sheila ini sebenarnya baik dan peramah orangnya. Saya boleh bergurau, 'tunjal' kepala dia. Dia orang yang boleh kita jadikan kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah mengugut, aib kehormatan orang awam

ARTIKEL BERKAITAN: "Padanlah dengan harga artis"... Janna Nick upah MUA dari Thailand, netizen 'siasat' kos mekap kahwin hampir RM10,000

"Mungkin orang lihat dia seorang yang tegas, tapi di sebalik itu dia tidaklah sekejam seperi yang netizen katakan," katanya yang juga antara penatarias penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Nurul memuji personaliti Sheila dan dia merupakan seorang pelajar yang terbuka untuk menerima ilmu dan sedia untuk ditegur.

Tambah Nurul lagi, dia seolah-olah menyerap semangat daripada anggota polis itu kerana sikapnya yang tegas dan lantang bersuara.

Sheila ini sebenarnya baik dan peramah orangnya. Mungkin orang lihat dia seorang yang tegas.

NURUL SHUKOR

JURUSOLEK

"Daripada awal hingga ke akhir kelas, saya rasa diri saya mendapat satu semangat bila orang bercakap loud and clear dengan saya, banyak bertanya tentang solekan. Itu menjadikan saya lebih seronok.

"Dia bukan seorang yang ingin bangkang apa kita ajar. Tidak. Dia seorang pelajar yang mahu belajar malah dia seorang terbuka menerima teguran... dalam masa sama kelas kami diselang-selikan dengan senda gurau," ujarnya.

Berkongsi perasaan selepas melihat Sheila tular di media sosial, Nurul mengakui terkejut namun tidak pernah rasa ingin menghakimi individu tersebut.

Kata Nurul, dia menghormati setiap individu yang pernah dikenalinya dan menyifatkan semua orang mempunyai hak untuk dihormati.

sheila2 - 1

Sheila sebelum ini menjadi bualan netizen di media sosial.

"Ketika namanya menjadi sebutan saya terkejut juga. Orang yang pernah mendampingi saya dan pernah berseronok dalam kelas solekan, tiba-tiba menjadi bualan satu Malaysia.

"Saya seorang jurusolek artis yang dah berjumpa dengan ramai orang. Saya tidak ada sekelumit rasa ingin menghakimi orang lain.

"Bagi saya, semua orang sama saja dan hormat-menghormati itu sangat penting," katanya.

Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada Isnin lalu atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang pemuda serta satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.

2128845

Sebelum ini tular memperlihatkan Sheila memarahi anggota polis berpangkat lans korperal.

Pendakwaan dilakukan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta yang sama.

Dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya termasuk digantung tugas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain