suria

Shuib dah hilang sabar, mahu cari individu tuduhnya ahli Freemason

Shuib berang kematian arwah isteri dikaitkan dengan organisasi F.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sudah hilang sabar apabila seorang pengguna Facebook menuduh dia sebagai antara ahli sebuah organisasi bermula dengan huruf F dipercayai merujuk kepada Freemason.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan berhubung tuduhan jahat dilemparkan terhadap dia yang turut mengaitkan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin.

Malah Shuib memberitahu dia ingin bertemu sendiri dengan pengguna Facebook berkenaan dalam tempoh 24 jam.

"Banyak hari saya sabar, hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan Mamat ini yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.

Shuib 4

Tuduhan dibuat seorang pengguna Facebook terhadap Shuib.

"Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku!

"24 jam cari aku! Peguam tengah jalankan kerja. Tunggu!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut hiburkan tetamu di majlis nikah tapi Shuib tak beri izin, ramai puji suara lunak Watie Hanifiah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak dijemput” - Jep perjelas tak datang majlis kahwin Shuib dan Watie

Shuib berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya yang turut memaparkan hantaran dari pengguna Facebook berkenaan.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa arwah Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

Bukan itu sahaja, pengguna Facebook tersebut juga mendakwa organisasi yang bermula dengan huruf F itu menggunakan artis untuk mempromsikan vaksin.

Shuib 5

Shuib mahu bertemu sendiri individu yang membuat tuduhan jahat terhadapnya.

"Tak sangka eh bekas Mat Kilang ini ahli F juga, pasal arwah SS (Siti Sarah) itu pun kita memang tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ini nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaks (vaksin) kau berisiko tinggi untuk mati.

"Dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk," tulis individu itu dalam hantaran tersebut.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain