suria

Sharifah Shahira teruk kena ‘bantai’ gara-gara video bersama Inspektor Sheila, akan ambil tindakan kepada penyebar fitnah

Shiera bengang video dia bersama Sheila menjadi bahan fitnah.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah dikecam netizen selepas dia berkongsi video bersama pegawai polis kontroversi iaitu Inspektor Sheila di laman Instagram miliknya.

Tersinggung dengan tohmahan dilemparkan tanpa usul periksa, Shahirah atau Shiera, 49, turut meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menuduh stesen radio berkenaan sengaja mengundang Sheila untuk sesi temu bual demi menaikkan rating.

"Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas.

sheira 1

Video Shiera dikongsi semula banyak pengguna media sosial.

"Saya muat naik di laman sosial saya, bukan akaun milik Suria FM," katanya.

Shiera menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Sebelum itu, Shiera ada berkongsi kehadiran Sheila ke studio Suria FM yang berpakaian skirt pendek dan mereka dilihat berbual di dalam studio bersama seorang lagi penyampai stesen berkenaan, Tyzo.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak patah gigi dan cedera kemalangan bas dan treler, Sharifah Shahirah lega X-Ray tunjuk tiada kerosakan dalaman

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran... Terbuka terima lelaki Melayu

Shiera bagaimanapun telah memadam video tersebut.

Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Petang itu berhasrat mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung rakaman berkenaan.

Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO

"Ada yang menulis kata-kata kesat dan saya terpaksa padam. Tapi sebelum itu saya sudah screen shot dan akan ambil tindakan. Geram hati saya.

"Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah," jelasnya.

shiera 3

Shiera mahu ambil tindakan terhadap penyebar fitnah.

Dalam nada bergurau, Shiera berkata, akibat perkara itu dia berkemungkinan boleh digantung atau diberhentikan kerja kerana perkongsian tersebut.

"Saya pula yang kena gantung kerja. Atau mungkin lepas ini berhenti jadi penyampai," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain