BEKAS penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah menangis dan melakukan sujud syukur sejurus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebaskan dan melepaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu. Ismahalil, 50, berkata dia yakin keputusan mahkamah ini adalah berkat daripada usaha serta doa keluarga serta rakan-rakan. "Allah saja yang tahu perasaan saya sekarang ni tak boleh nak gambarkan. Keluarga hadir beri sokongan. "Saya yakin dengan kebebasan ini adalah kasih sayang Allah pada saya, usaha dan berkat doa keluarga serta rakan-rakan pada saya," kata Ismahalil kepada pemberita. Sementara itu, peguam mewakili Ismahalil iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika ditemui berkata dengan kemenangan ini dia berjaya menunaikan janji untuk membawa pulang bekas DJ radio tu. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib Ismahalil Hamzah ke tali gantung diketahui 17 Julai, bicara kes edar dadah selesai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akaun bank Ismahalil Hamzah kena beku, isteri dalam kesempitan besar 3 anak "Alhamdulilah akhirnya Ismahalil dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan akhirnya saya berjaya mengotakan janji untuk membawa pulang dia kepada keluarga," katanya. Terdahulu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepaskan dan membebaskan pengasas `Bapakku FM' itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaannya. Ismahalil sebak akhirnya bebas hukuman gantung. Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021. Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!