suria

“Lagu baru nak keluar” - Diana Danielle tampil ceria, harap kes nusyuz berpihak pada kebenaran

Kes nusyuz Diana Danielle.

PELAKON Diana Danielle tampil ceria ketika bertemu petugas media yang berkumpul menanti kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi menghadiri sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid Kamil terhadapnya.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, muncul memakai baju kurung moden berwarna pink peach dan tudung bercorak yang memberi bayangan dia dalam keadaan baik dan ceria.

Ini kerana sebelum ini Diana sering tampil dengan pakaian berwarna hitam setiap kali hadir ke mahkamah.

Pelakon itu yang jarang memberi respons berhubung isu rumah tangganya turut membuka mulut berharap kemelut perkahwinan dengan Farid dapat diselesaikan mengikut jalan terbaik.

553

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana belum berkesudahan.

“Alhamdulillah, saya sihat. Harap saya semoga semua berpihak kepada kebenaran,” ujarnya ringkas kepada pemberita.

Dalam pada itu, Diana sempat bergurau tentang lagu baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle sangkal terima barang kemas, minta Farid Kamil jangan beri hadiah guna anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan orang ketiga bukti tidak kenal isteri sendiri, cinta Diana Danielle terhadap Farid Kamil sudah pudar

"Lagu baru saya nak keluar," katanya sebelum beredar memasuki bilik mahkamah.

Pada 6 April lalu Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, memfailkan perintah kembali taat dan tuntutan sabitan nusyuz terhadap Diana.

Farid bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes itu selepas memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain