suria

Keputusan muktamad! Fahmi Fadzil arahkan baki 2 hari Good Vibes Festival 2023 dibatalkan

Fahmi sudah berbincang dengan penganjur Good Vibe Festival.

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan baki dua hari konsert Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berlangsung sehingga Ahad dibatalkan.

Fahmi menerusi ciapan di Twitter memaklumkan pihaknya juga sudah bertemu dengan pihak penganjur iaitu Future Sound Asia susulan aksi dan kenyataan biadab dipamerkan oleh vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy pada persembahan malam Jumaat.

"Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas.

fahmi 22

Fahmi tegas dengan pendirian membatalkan acara Good Vibe Festival.

"Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

"Justeru saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini (Sabtu) sehingga esok, 23 Julai," katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya sedar keputusan itu akan memberi implikasi kepada penonton yang sudah pun membeli tiket.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh Matty Healy biadab, Fahmi Fadzil panggil penganjur beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Teguk arak, cium sejenis, ludah dan tuduh kerajaan Malaysia merepek antara 7 perangai buruk Matty Healy dalam konsert malam tadi

Sehubungan itu, pihaknya menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.

"Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.

"Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan," ujarnya.

matty new 1

Tindakan tidak senonoh Matty mengundang padah.

Sebelum ini, pihak penganjur konsert berkenaan menerusi kenyataan media memaklumkan baki dua hari konsert diteruskan seperti biasa.

Malah pemegang tiket pas sehari pada Jumaat boleh memilih untuk kembali ke festival berkenaan sama ada pada Sabtu atau Ahad sebagai ganti rugi.

Pada malam Jumaat, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas.

Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain