PEMBATALAN baki dua hari Good Vibes Festival 2023 pada 22 dan 23 Julai lalu disebabkan tindakan biadab vokalis kumpulan 1975 menyebabkan ramai penyanyi tempatan dan vendor terpaksa menanggung kerugian. Susulan itu, seorang peguam dikenali sebagai Mathew Thomas Philip menawarkan untuk membela nasib mereka secara pro bono (percuma) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan berkenaan. "Good Vibes Festival dibatalkan dan saya beranggapan artis tempatan yang sepatutnya membuat persembahan tidak mendapat bayaran penuh kerana pembatalan tersebut. Tindakan biadab Matty menyebabakan festival itu dibatalkan meskipun berbaki dua hari lagi. "Saya berbesar hati untuk mewakili semua artis tempatan secara pro bono untuk memfailkan saman terhadap The 1975 kerana telah menyebabkan kerugian," kongsinya menerusi LinkedIn. Dalam pada itu, Mathew memaklumkan dia bersama beberapa rakan peguam lain merancang untuk bertemu dengan mereka yang terkesan dengan insiden berkenaan bagi berbincang lanjut mengenai kerugian ditanggung pada Selasa ini. ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy balas DM Luqman Podolski, selamba salahkan penganjur - “Saya diundang maka itu anda dapat” "Mereka yang terjejas dengan pembatalan acara itu digalakkan untuk menghadiri mesyuarat anjuran firma guaman kami pada Selasa ini di Barrister's Brew di Sri Hartamas," kongsinya. Pada malam Jumaat, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas. Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!