suria

[V] Perbicaraan kes amang seksual bermula, PU Azman sempat komen badan kurus - "Saya diet"

PENCERAMAH selebriti Pencetus Ummah (PU) Azman hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada pagi Isnin bagi perbicaraan bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Azman atau Azman Syah Alias, 42, yang hadir ditemani peguam kelihatan ceria mengenakan baju kurta berwarna mustard serta berkopiah hitam.

Sempat menyapa media yang membuat liputan perbicaraan selama lima hari itu, Azman memberitahu masih menerima tawaran memberi ceramah meskipun sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

"Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan cermah seperti biasa," katanya kepada pemberita.

WhatsApp Image 2023-07-24 at 11.13.42

PU Azman banyak pergi hiking sekiranya ada masa lapang.

Azman juga sempat menjawab pertanyan media berhubung fizikalnya yang kelihatan kurus sejak pelbagai tuduhan jenayah seksual dikenakan terhadapnya.

Menyangkal perkara itu, Azman sebaliknya memberitahu dia kurus kerana mengamalkan diet serta kerapa melakukan aktiviti mendaki.

“Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman dituduh kali ke-10, kali ini amang seksual remaja 17 tahun di resort Hulu Langat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Doakan Cik Man...” - PU Azman tenang hadir sebutan semula kes amang seksual di Seremban

Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai tahun lalu.

Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain