suria

[V] Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu 

PELAKON Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang mendengar kes itu mengesahkan lafaz dibuat Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, pada 22 Februari lalu terhadap Shuhada adalah sah mengikut hukum syarak.

Shuhada juga tidak perlu menjalani tempoh edah berikutan ia telah selesai pada 23 April lalu.

Peguam syarie mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.

553

Shuhada dan Hafidz lega kemelut rumah tangga mereka berakhir.

“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi Whatsapp pada 20 Januari, tidak diterima oleh mahkamah. Maka perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz ketika berkata, dia bersyukur kemelut rumah tangganya selesai secara baik dan berpuas hati dengan keputusan dibuat hakim.

“Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai dengan talak satu. Saya nak ucapkan terima kasih semua yang menghormati privasi dan karier saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi beri bayangan kemelut rumah tangga bakal berakhir, Shuhada semangat hadir perbicaraan

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul sedondon di mahkamah, Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen - “Berjanji pakai baju sama ke?”

“Alhamdulillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara baik dan tanpa sebarang pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati serta gembira dengan dengan keputusan hari ini,” katanya kepada pemberita.

Shuhada, 29, juga meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya selesai dan menyerahkan segala kepada Allah SWT.

“Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain, dan hanya bergantung pada Allah saja.

shuu2 - 1

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

“Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana Insya Allah saya mahu sambung belajar,” katanya

Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain