suria

Hafidz Roshdi beri bayangan kemelut rumah tangga bakal berakhir, Shuhada semangat hadir perbicaraan

Shuhada dan Hafidz ceria ketika ditemui di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam.

PELAKON Hafidz Roshdi memberi bayangan konflik rumah tangganya bersama isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan berakhri dengan baik pada Khamis.

Hafidz, 29, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam kira-kira pukul 9.10 bagi menghadiri prosiding penceraiannya dengan Shuhada.

"InsyaAllah semuanya akan selesai dengan baik," katanya kepada pemberita.

hafidz1 - 1

Hafidz dan Shuhada mahu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

Sementara itu, Shuhada,29, juga berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

Malah dirinya juga memaklumkan rasa bersemangat untuk memulakan perbicaraan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi tak pernah tuduh isteri gugurkan kandungan, dedah Shuhada banyak kali minta cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul sedondon di mahkamah, Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen - "Berjanji pakai baju sama ke?"

"InsyaAllah hari ini akan selesai. Doakan yang terbaik untuk saya. Saya rasa bersemangat hari ini.

Tampil dengan jubah putih, Shuhada memberitahu tiada disimbolik namun ramai yang menyangka dirinya ingin pergi majlis akad nikah.

"Tadi terjumpa orang ingat saya nak pergi nikah," luahnya.

Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain