RAKAMAN memaparkan seorang peminat wanita berkelakuan tidak senonoh ketika bertemu dua artis lelaki kacak tular di media sosial. Gadis itu dilihat diapit oleh kedua-dua artis tersebut ketika berada di atas pentas menerusi sebuah acara hiburan. Dua artis lelaki itu turut berpegangan tangan sambil memeluk gadis tersebut. Susulan penularan video tersebut, ramai menyifatkan aksi tidak senonoh itu tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi oleh individu yang bertudung. Dua artis lelaki itu adalah Chen dan Natachai dari Thailand. Rakaman berkenaan turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada menyangka ia berlaku di negara ini. Malah ada turut keliru menyangka dua artis lelaki berkenaan adalah selebriti kpop dari Korea Selatan. ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar jadi kahwin Dr Azra tahun ini, buat kenduri tapi tak mahu bersanding ARTIKEL BERKAITAN: Dilraba Dilmurat diraba, peminat lelaki sentuh bahu dan peluk tubuh "Fanatik sangat pun tak boleh dik. Adui. Minat tu biasa-biasa je dik. Tengok muka laki tu pun nampak tak selesa. "Sebelum peluk, buang hijab tu dulu. Takdelah orang kaitkan Islam dengan rosak akhlak. Sekadar pendapat peribadi. "Kesian, anak siapalah ini. Sedih tengok adik-adik yang obses sangat dengan artis ini. Sampai tak tahu harga diri. Komen netizen di Twitter. "Kakak pun minat kpop, tapi tidaklah sampai melampaui batas. Awak tu muslimah berhijab. Perlu ke sampai peluk dan pegang tangan artis lelaki?," komen netizen. Sementara itu, semakan mStar mendapati dua selebriti lelaki berkenaan bukan artis kpop seperti didakwa malah kejadian tidak berlaku di Malaysia. Sebaliknya, acara bertemu peminat itu berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Bangkok, Thailand. Ia melibatkan dua selebriti asal negara tersebut iaitu Archen Aydin atau lebih dikenali sebagai Chen dan Natachai Boonprasert. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!