suria

[V] Fatin Afeefa lembut hati benarkan Adam Shahz jumpa anak, buat pindaan tuntutan kerana enggan bertengkar

PELAKON Adam Shahz meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa sudi bertolak ansur dan memberikan keizinan untuk bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.

Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memberitahu dia mengambil kesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama anaknya itu semasa cuti sekolah.

"Saya lega nak berbandingkan sebelum ini... Kalau sebelum ini susah nak jumpa sekarang dah dapat jumpa. Alhamdulillah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak sebelah sana kerana sudi bertolak ansur dan sekarang ini kami sedang cuba selesaikan perkara lain agar dapat keputusan yang adil untuk kedua-dua belah pihak.

adam 1

Adam syukur makin kerap peluang dapat bertemu anak.

"Alhamdulillah, dah beberapa kali kami berjumpa. Saya akan jumpa dia setiap kali cuti sekolah sebab dia sekolah asrama kalau jumpa hari biasa takut kelam kabut sedikit," katanya kepada mStar.

Adam berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa.

Terdahulu, pelakon ini hadir ke mahkamah bagi pindaan tuntutan dibuat Adam bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya.

Berkongsi mengenai prosiding itu, Adam meluahkan rasa syukur apabila mahkamah membenarkan pindaan tuntutan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gagal capai kata sepakat dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz tetap lawan tuntut hak penjagaan anak - “Saya sendiri tak tahu dia dekat mana sekarang”

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita sampai buka aib sendiri... “Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah”

"Pindaan itu saya lakukan bukan sebab nak menang atau kalah tapi nak hak sama rata kedua-duanya. Saya juga mahukan hak yang sama seperti sebelah sana.

"Saya tak mahu bertengkar di kemudian hari kerana ini melibatkan anak yang merupakan seorang manusia yang mempunyai jiwa. Saya tak nak perasaan dia berbelah bahagi," ujarnya.

Sementara itu, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, pula berkata, dia menyerahkan segala proses dan keputusan mengenai hak penjagaan anaknya itu kepada mahkamah.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana kehidupannya bersama anak berjalan seperti biasa meskipun sibuk dengan urusan mahkamah.

Saya juga mahukan hak yang sama seperti sebelah sana.

ADAM SHAHZ

PELAKON

"Semua berjalan lancar tapi selepas ini akan ada prosiding lagi.

"Hari ini cuma untuk pindaan yang mana mahkamah tentukan pihak Adam nak tukar atau tidak. Saya ikut dan serahkan kepada mahkamah sahaja.

"Alhamdulillah saya dan anak-anak sihat, anak memang dengan saya selama ini. Anak sedang bersekolah dan diberikan pendidikan terbaik, jadi tiada masalah pengabaian seperti yang didakwa," luahnya.

Dalam pada itu, peguam mewakili aktres Fatin Afeefa iaitu Aiman Abdul Rahman berkata mahkamah telah meminta pihak Adam untuk membayar kos kepada anak guamnya bagi permohonan pindaan yang telah dilakukan.

photo_6194820447477019399_y

Fatin gembira dengan pembesaran anak-anak.

"Hari ini permohonan pindaan pihak plantif dan mahkamah membenarkan. Mahkamah meminta pihak sana untuk membayar kos kepada pihak kita dan kes ini akan bersambung pada 10 Ogos ini nanti untuk mereka failkan apa yang mereka mahu pinda.

"Pada 21 September nanti kedua-dua pihak perlu hadir untuk prosiding seterusnya. Buat masa ini kami tak boleh kongsikan berapa jumlah yang perlu dibayar," kongsinya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain