suria

Baby Shima bertanding PRN tiket bebas, mahu berkhidmat untuk rakyat

Shima bakal bertanding di PRN 12 Ogos ini.

KEPUTUSAN mengejut penyanyi Baby Shima mahu bertanding pad Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini kerana ingin membela nasib rakyat.

Bakal bertanding atas tiket bebas, Shima atau Nor Ashima Ramli bagaimanapun belum bersedia mendedahkan kawasan dia bakal bertanding selain manifesto bakal dijanjikan kepada pengundi.

Buat masa ini saya tak boleh kongsi lanjut mengenai perkara ini tapi saya akan bertanding atas tiket bebas.

"Di kawasan mana dan apa manifesto saya untuk rakyat akan saya umumkan tidak lama lagi.

shima1 - 1

Baby Shima tak kisah keputusannya bertanding dikecam.

"Saya mahu bela nasib rakyat agar beban dihadapi masyarakat dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini memberitahu tujuan utama dia terjun dalam bidang politik adalah demi berkhidmat untuk rakyat.

Menjadikan artis-artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini sebagai inspirasi, Shima mengambil inisiatif membantu rakyat lebih-lebih lagi golongan belia.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima saman PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya takkan maafkan!" - Baby Shima mahu saman, ikut jejak langkah Shuib bertentang mata dengan pemfitnah

"Sebelum ini ramai artis lain pun terlibat dalam politik. Tujuan mereka mahu yang terbaik untuk rakyat.

"Begitu juga saya, tak salah kalau kita ada niat baik mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda," ujarnya.

Bercakap soal reaksi netizen atas tindakan mengejutnya ini, Shima berkongsi dia tidak boleh menghalang sekiranya ada tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

shima2 - 1

Baby Shima mahu berkhidmat untuk rakyat.

Shima bagaimanapun yakin masih ada dalam kalangan masyarakat yang akan menyokong niat baiknya masuk ke dalam dunia politik.

"Saya tidak boleh halang kalau ada yang ingin memberi kecaman kepada saya. Saya hanya berniat untuk membantu masyarakat.

"Dalam yang mengecam, ada yang menyokong niat baik saya... semuanya untuk rakyat," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu, beberapa selebriti turut bertanding merebut kerusi kemenangan termasuk Datuk Seri Eizlan Yusof, Dr Ahmad Idham, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dan penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Rosli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain