BEKAS isteri penyanyi Radhi OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri masih belum memutuskan sama ada mahu menarik balik laporan polis berhubung kes pukul melibatkan bekas suaminya itu. Ayu, 29, berkata, ia berikutan masih terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan sebelum membuat sebarang keputusan. "Ada benda yang tidak jelas lagi antara saya, Radhi dan peguam. Jadi selepas kami berbincang tadi, kami buat keputusan untuk tunda lagi pada tarikh berikutnya. "Kita tunggulah tarikh ini nanti. Selebihnya saya enggan mengulas lanjut," katanya selepas ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Ayu enggan mengulas lanjut. Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Dalam pada itu, Radhi ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Isnin menafikan dia akan membayar wang RM 300,000 kepada bekas isterinya berikutan keputusan mereka mencapai persetujuan bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah. "Dalam persetujuan sebelum ini mengenai pembayaran RM 300,000 terhadap Ayu itu saya menafikan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Radhi OAG mengaku tidak bersalah bertindak kasar terhadap bekas isteri... Hanya mampu doa moga diberi kesihatan baik ARTIKEL BERKAITAN: "Bermaafan itu penting" - Radhi ziarah Qi Razali, peminat lega sengketa sudah terlerai "Manakala pembayaran yang lain berhubung RM5,000 dan RM500 juga menafikan sebab perbincangan itu antara dia (Ayu) dengan peguam," katanya. Tambah Radhi lagi, dia juga berharap agar kes dapat selesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga. "Saya rasa macam tak jelas lagipun saya harap dapat selesaikan dengan Ayu tanpa campur tangan orang lain, macam ada aura tak patutnya. Ada benda yang tidak jelas lagi antara saya, Radhi dan peguam. NUR SHAHIRA AYU BEKAS ISTERI RADHI “Kalau boleh dapat selesaikan dengan baik bersama dia serta keluarga,” ujarnya. Sementara itu, dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret di sini menetapkan 29 Ogos bagi sebutan semula kes selain pihak-pihak perlu memaklumkan perkembangan terhadap penyelesaian kes. Majistret Muhammad Iskandar Zainol menetapkan tarikh itu selepas peguam Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak menerima sebarang rekod tarik laporan daripada Nur Shahira selaku mangsa dalam kes ini. "Pihak kami percaya, pengadu (Nur Shahira) memerlukan sedikit masa... jadi saya pohon mahkamah menetapkan tarikh tambahan bagi pengadu memuktamadkan sebarang tindakan lanjut dalam kes ini," kata peguam ketika prosiding. Radhi sangkal dakwaan setuju bayar RM300,000. Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun kemudian mengesahkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan atau sebarang kenyataan tarik balik daripada pengadu. "Saya pohon satu tarikh lain bagi perkembangan penyelesaian kes sekiranya ada," katanya. Untuk rekod, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. Selepas bercerai, Ayu dan anaknya itu menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!