suria

[V] Ibu remaja buat pendedahan PU Azman minta anaknya ambil minyak di bilik atas dan sapu pada kemaluan

PERBICARAAN hari pertama kes gangguan seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman hangat apabila ibu kepada salah seorang mangsa mendedahkan pendakwah itu pernah meminta anak lelakinya menyapu minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Tampil sebagai saksi ketiga perbicaraan di Mahkamah Sesyen Seremban pada petang Isnin, wanita itu memberitahu dia mengetahui perkara itu selepas diceritakan sendiri oleh anaknya.

Saksi memberitahu mahkamah, kejadian berlaku pada 5 Februari 2022 di rumah Azman atau Azman Syah Alias, 43, di Sendayan, Negeri Sembilan ketika mangsa berumur 17 tahun.

"Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah.

"Dia minta sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya sebelum minta memasukkan kepadanya (PU Azman)," kata wanita itu.

azman1 - 1

PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.

Saksi pendakwa itu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin yang mendengar kes berkenaan.

Ibu mangsa, 45, bagaimanapun tidak dapat mendengar dengan jelas apa lagi yang diperkatakan anaknya kerana ketika pengakuan dibuat dia berada dalam keadaan terkejut.

Kata saksi itu, dia mula mengetahui perbuatan sumbang tertuduh selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh guru sekolah kebangsaan anaknya pada 27 Ogos 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes amang seksual bermula, PU Azman sempat komen badan kurus - "Saya diet"

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sanggup hantar anak bermalam ke rumah PU Azman untuk dapat didikan agama... "Terkejut ustaz buat perkara sebegitu"

Dalam pertemuaan yang berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam itu, ibu mangsa turut memberitahu pendakwah bebas Firdaus Wong juga ada bersama.

Sementara itu, Azman juga dikatakan mahu menjadikan mangsa sebagai anak angkat dan perkara tersebut diketahui melalui perbualan WhatsApp antara mangsa dan tertuduh.

"Anak saya kata nak pergi rumah Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat.

"Mulanya saya tidak percaya sebab Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan untuk pergi ke rumah Azman," jelasnya.

Laporan terhadap Azman dibuat pada 31 Ogos 2022 di sebuah balai polis di Shah Alam.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya kes berkenaan iaitu Husni Mohd Ramly, ibu mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak melihat laporan penuh yang dibuat.

Tambahnya selepas menceritakan kejadian sebenar pada Ogos lalu, anaknya mula berhenti sekolah kerana berasa tertekan.

"Dia tidak benarkan masuk ke dalam biliknya. Dia kata tertekan dan minta jangan diganggu," katanya lagi.

Ibu dan bapa mangsa tampil sebagai saksi kedua serta ketiga di hari pertama perbicaraan.

Sementara Lans Koperal Mohd Nor Arif Mohd yang merupakan jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen, Negeri Sembilan dipanggil sebagai saksi pertama pada sesi pagi perbicaraan.

Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

azman2 - 1

Tiga saksi tampil beri kenyataan berkenaan kes membabitkan PU Azman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai 2022.

Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Selebriti itu diwakili peguam Fahmi Adilah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan