suria

Kes saman fitnah selesai luar mahkamah, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal

Caprice mohon maaf pada SM Faisal.

KES saman fitnah dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice akhirnya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Tampil membuat permohonan maaf, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, kesal kerana memuat naik hantaran mengenai isu rumah tangga usahawan berkenaan di laman sosial miliknya.

"Saya dan Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin Kamal telah menyelesaikan secara baik pertikaian antara kami melalui perbincangan yang dibuat di luar mahkamah.

WhatsApp Image 2023-08-04 at 2.06.45 PM

Caprice mohon maaf kepada Faisal.

"Saya kesal dengan peristiwa yang membawa kepada hantaran saya di Instagram bertarikh 28 Jun 2022... saya telah dimaklumkan tentang kes berkenaan secara salah.

"Saya juga telah memohon maaf kepada SM Faisal untuk perkara ini," katanya.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian penuh saman fitnah Caprice diketahui Jumaat, S.M Faisal kini di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak akan minta maaf terhadap SM Faisal, sedia ke mahkamah

Dalam posting berlainan, Caprice turut memuat naik hantaran memaparkan foto bekas isteri Faisal iaitu Emelia Hanafi yang menunjukkan kesan lebam pada tangannya.

Menerusi kapsyen, Caprice meminta wanita itu agar memberi kerjasama yang baik sekiranya mahu meminta pertolongan daripada orang lain.

"Salam Emelia, lain kali nak minta tolong orang, jangan tiba-tiba tidak boleh hadir," ujarnya.

Menjawab komen seorang netizen yang bertanya punca dia mengambil keputusan menyelesaikan kes ini secara baik, Caprice menjelaskan ini berlaku disebabkan Emilia tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung dakwaan video yang dimuat naik itu.

Emilia bertindak demikian selepas memilih untuk menyelesaikan isu dengan bekas suami secara baik di luar mahkamah.

"Dia (Emilia) tidak boleh hadir ke mahkamah... jadi tiada saksi. Tiada kes. Kita (Caprice) kena hadap seorang diri. Saya kena denda sebanyak RM6,000," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Faisal memfailkan saman terhadap Caprice atas dakwaan membuat hantaran berbaur fitnah di laman Instagram miliknya.

Kes tersebut merujuk kepada kenyataan Caprice yang mengulas tentang isu rumah tangga Faisal bersama bekas isterinya iaitu Emilia.

Faisal selalu plaintif mendakwa isu bersama Emilia telah dimanipulasi tanpa sebarang rujukan daripada pihaknya.

WhatsApp Image 2023-08-04 at 2.05.46 PM

Perkongsian Caprice di Instagram miliknya.

Caprice juga dikatakan sengaja memburukkan plaintif atau mahkamah syariah kerana mengulas keputusan yang telah ditetapkan terhadap Emilia yang menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, peguam mewakili Faisal iaitu Ardy Suffian memberitahu pemberita penyelesaian penuh kes ini dibuat selepas Caprice sebelum ini ada meminta Faisal menarik balik saman dibuat terhadapnya.

Ardy berkata, sebelum kes saman itu ditarik, pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan yang antaranya membabitkan permohonan maaf serta kos persetujuan bagi membolehkan mahkamah merekodkan penghakiman untuk keadilan kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain